CARA DAPATKAN FREE SHIPPING RM15 SHOPEE

CARA DAPATKAN FREE SHIPPING RM15 SHOPEE





Klik link diatas untuk memohon Free Shipping RM15 Program Shopee.

Free Shipping RM15 amat mudah dimohon oleh seller.  Ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan ke kedai anda melalui penghantaran percuma  jika pembelian bawah RM15.

Dimana buyer Shopee diberikan kupon oleh Shopee dan salah satunya ialah Free Shiiping RM15. Jika buyer anda mempunyai kupon tersebut maka ia boleh gunakan pada kedai yang menawarkan FREE SHIPPING RM15.

Jika anda tidak sertai Free Shipping RM15 maka anda akan kehilangan pelanggan. Mahu tak mahu anda kena sertai juga program ini.

Saya pernah buat artikel Free Shipping RM15  Program ini merugikan Seller sebab anda kena bayar 4% dari harga jualan anda.


Margin untung anda akan berkurangan ler. Tapi jika anda sertai program Shopee ini anda akan perolehi beberapa faedah.



Apa yang dijanjikan oleh Shopee ialah keistimewaan sertai kempen oleh Shopee. Malah anda akan perolehi beberapa faedah lain.

Pening kepala, nak hilang margin untung 4% jika sertai Program ini atau tak perlu sertai tapi hilang benefit yang banyak dari Shopee.

Terpulang pada anda, jika anda mempunyai pelanggan setia. Kenapa perlu nak sertai!!!!.

Tapi anda kena ingat, kalau nak memohon Free Shipping RM15 anda kena aktifkan FREE SHIPPING PROGRAM dahulu. Senang jer..



Saya nak jelaskan FREE SHIPPING PROGRAM adalah program dimana seller mendapat potongan shipment syarikat penghantaran seperti Ninja Van dan etc.

Manakala FREE SHIPPING RM15 adalah voucher yang anda berikan kepada pelanggan anda yang mempunyai kupon FREE Shipping dari Shopee. Dimana jika anda sertai program ni dan anda kena bayar 4% dari harga jualan produk anda 

Catat Ulasan

0 Ulasan