Hari ini admin nak jelaskan bagaimana membuat beberapa split ads untuk menjual produk yang kita telah kita study dan sebagaimana admin katakan minimum keuntungan ialah RM30 setelah tolak semua kos.
Produk yang baik ialah mempunyai free gift serta beberapa hadiah yang menarik untuk mendapatkan sales. Produk sedemikian untuk dropshipping agak sukar nak cari tapi admin telah menjumpai produk kuali yang admin rasa boleh pergi jauh .
Admin masukkan produk ini dalam kedai Shopee admin bukan website admin dan tindakan ini adalah salah kerana kita tak dapat data dengan menggunakan URL Shopee.
Tapi admin ingin boostkan kedai kedua admin dan melalui Shopee senang sikit mendapat upsell/cross sell.
Langkah pertama:
1. Admin kaji harga dan dapati harga produk ini rata-ratanya sama dan admin kurangkan sedikit dari harga keseluruhan.
2. Memberi 2 free gift kepada setiap pembeli dan ini bonus kepada admin.
3. Admin tambahkan vocher admin bernilai 3% potongan harga dan suah tentu ia free shipping.
4. Penghantaran 2 - 4 hari sahaja. Terbaik!!!
5. Stok barangan ini 199pcs dan admin target jual 100 pcs sahaja.
6. Setelah ditolak kos fee Shopee dan kos voucher, admin masih untung RM30 ke atas.
Apa nak buat?
1. Admin buat video durasi 40 saat.
2. Buat image dengan gambar produk sahaja.
3. Buat image dengan penerangan dalam satu gambar.
Ini gambar pertama yang admin gunakan. Simple sangat dengan tunjukkan gambar produk tapi bahagian header dan descrikpsi admin ada buat copy writing dan hadiah-hadiahnya. Kos satu hari admin masukkan RM10.
Sebenarnya kos tertinggi dalam FB ads ini ialah langkah pertama, hendak ambil data pengunjung. Dan data yang available hanya dari video sahaja. Manakala gambar, admin tak mendapat apa-apa data.
Melalui data, langkah kedua kita FB Funnel dimana kita spesifikkan target audience kita.
Langkah buat FB ads ini sebenarnya panjang- dimana kita kena pilih audience yang tepat dan jangkauan link. Nak belajau tu ajer, admin dah rugi hampit RM3K...hehehe.
Admin berdoa agar dengan sekali buat ini menjadi, malas nak adjust-adjust lagi. Seatakat ini melalui FB ads ini selepas habis beriban-riban, admin dah faham sikit ler,,,belum ada kerugian lagi..Cuma kos iklan ini kalau boleh kita nak minimumkan..
Sebenarnya 3 spilt ini adalah paling minimum, paling cantik kena buat 5 split dengan masukkan coroussel atau slide video 10 saat. Baru ngam.
Doakan admin yer ...
Semenjak 1/3 hingga sekarang iaitu 7/3 admin telah membuat 3 split iklan dan perbelanjaan iklan ialah RM127.74 dan zero sales beb..hehehe.
Inilah iklan paling teruk pernah aku buat selepas menjana beberapa keuntungan. Bermakna kuali ini bukanlah winning produk.
Dari segi demografi rasanya dah pilih lengkap, wanita, suka memasak, suka page resipi/catering/food dll ler. Tapi nak dapatkan satu sales dari ketiga-tiga iklan ni memang zero.
Iklan video admin naikkan budget dari RM10 ke RM20 untuk boostkan jangkauan. Memang ada klik tapi tiada jualan padahal image kat Shopee semua up to date.
Dengan kos hampir RM180 dan tanpa jualan maka produk ini bukan winning produk dan mungkin terlalu awal admin jual kot. Kesimpulan kita stop kan dulu iklan ini dan ubah produk lain.
Dalam membuat iklan ini, admin pernah katakan kata kena cari 5 produk dan kemudian buat split ads dan test. Biasanya satu akan lekat.
Tapi budget admin sebulan RM300 maka admin kena buat berdasarkan budget dan kalau ikutkan budget ini sebulan sekali 1 produk.
Bulan ini kita rugi tapi ada balance lagi RM172 maka admin boleh cuba satu lagi produk.
Produk kuali ni untuk admin memang cukup teruk. Satu sales tiada, tak payah lagi teruskan. Atau tukau demografi audience dan buat yang baru. Mumgkin ok kot. Biar admin pikiq jap.
0 Ulasan