haniflinda Shopee Kena Penalti Pre-Order

haniflinda Shopee Kena Penalti Pre-Order




Berita buruk buat admin kerana haniflinda kena penalties disebabkan pre-order melebihi 20%.

Apa maksud pre-order ialah jika shipment anda melebihi 7 hari maka ia akan dianggap sebagai pre-order.
Shopee lebih suka kalau seller dapat shipment produk bawah 7 hari atau selalu seller panggil Ready Stock.

Sebenarnya dalam Shopee ini banyak kes penalties yang menyebabkan kedai anda kena gantung hingga 28 hari. Kena gantung maka tiada sales beb. Dan rekod pun buruk.

Apa yang terjadi jika Penjual mendapatkan Poin Penalti?

Keuntungan eksklusif bagi Penjual yang berulang kali mendapatkan poin penalti akan 
diberhentikan sementara. Penjual akan mendapatkan kembali keuntungan tersebut setelah 
melakukan perbaikan terhadap performance mereka.


Atas adalah jenis penalti yang biasa  diberikan oleh Shopee. Dan biasanya penalti ni memang salah Seller secara terang-terangan. Ada juga yang tidak disengajakan...hehehehe. Cam admin ni.

Admin kena penalti 7 hari disebabkan mengubah shipment delivery dati 2 hari ke 7 hari.

Semua tahu kan yang seperti admin katakan, jika shipment melebihi 7 hari maka ia akan dianggap sebagai pre-order.

Untuk pre-order melebihi 20%, Shopee akan kenakan penalti 7 hari dan segala kempen kena beku dan paling benci ialah jumlah produk anda di kedai anda dikurangkan. 

Kedai Shopee haniflinda mempunyai 3000 produk dan disebabkan penalti pre-order produk dikurangkan ke 1000 sahaja.

Kusut kepala admin sebab konpem kedai kamu tak der sales.  Melopong 7 hari...gara-gara kesilapan kecik.

Bagaimana admin boleh kena penalti pre-order. Admin melakukan bisnis di Shopee melalui dropshipping Kumoten.

Kelemahan utama Kumoten ialah produk oversea mereka mengambil masa 7 hingga 14 hari. Produk lokal mengambil masa 2-4 hari.

Kebanyakkan produk admin ialah oversea dan ambil masa 7-14 hari. Selalu kena tegur dengan customer shipment lambat..

So admin malas nak cerita bende yang sama pasal lambat delivery ni,  maka admin ubah shipment delivery setting di My Shipment kepada  7 hari dari 2 hari. Kalau boleh nak letak 14 hari tapi lama sangat plak...hehehehe.

Dan memang admin lupa habis pasal penalti pre order ini. Setelah admin ubah kepada 7 hari, kesemua produk admin jadi pre-order dan akhirnya kena penalti..hawau tuiii...

Ingatkan nak jujur dengan customer tapi kena temporary block jumlah produk di kedai kami.

Jika nak fahamkan apa itu sistem penalti Shopee. Kasi khatam e book ini yek..



Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan