KELEMAHAN UTAMA DALAM DROPSHIPPING?

KELEMAHAN UTAMA DALAM DROPSHIPPING?

 


Sebagai dropshipping perkara utama setiap seller kena hadapai dan akan hadapi ialah penghantaran lambat dari tarikh ( late shipment).

Perkara ini tak dapat dielakkan kerana kabanyakkan produk diambil di China dan prosesnya tidak dapat dijangkakan oleh anda. Kalau datang awal it a bonus, kalau datang lambat payah nak jawab dengan customer.

Sebagai contoh diatas ialah salah seorang pelanggan telah membeli produk kami pada 17hh Februari dan jika ikut shipment kami ia mengambil masa 7 - 14 hari sahaja terutama untuk produk dari luar negara. Bermaksud dari China ler..hehehehe

Sepatutnya tiba seawal 24hb dan selewat 1/3/2021 tapi pelanggan tidak menerima barangan tersebut. Kalau 7 hari pun dah lewat apatah lagi 2 minggu...Ini memang selalu berlaku kalau anda berurusan dengan produk dari China, mental kena kuat nak jawab soalan-soalan pelanggan anda.

Inilah kelemahan jika mengguna dropshipping, dimana anda tidak mengawal kualiti dan tarikh penghantaran sesuatu produk tertentu.




Inilah sebahagian chatting saya sejak minggu lepas dengan pelanggan saya. Kerap membuka tracking no produk tersebut dan asik-asik dekat warehouse China belum release kastam lagi. Peehhh ..nak jelas pun kena ada teknik yang tertentu. Nasib baik customer yang ini jenis tak melenting.

Saya dulu ada juga ada customer yang melenting barang tak sampai-sampai lagi. Sebagai seller kita tetap kena layan juga. Sebab anda tahu, salah satu kelemahan dropshipping ini ialah tarikh penghantaran adakala lewat.

Customer always right dan bukan salah dia kalau dia follow up anda kerana itu haknya sebagai pelanggan walaupun barangan yang dibeli bukan mahal sangat pun .,.ahaks. tapi ia tetapi sales anda dan anda dapat keuntungannya..


Akhirnya barangan dah sampai Malaysia dan dalam masa 2 hari akan tiba di tangan pelanggan saya. Lega rasanya sebab produk dah sampai Malaysia.

Setakat ini dropshipping platform yang saya gunakan memang boleh dipercayai, tiada lagi kes barang rosak atau ditipu. Semuanya dalam keadaan baik. Saya cadangkan anda guna Platform Kumoten yang saya gunakan sekarang ini. Masalah kelewatan adalah perkara biasa dalam dropshipping tapi bukan semuanya lewat, ini semua kes terpencil sahaja. Tapi barang tetap akan sampai ke tangan pelanggan.

Kalau anda hendak membuat dropsshiping dapatkan e-book saya ini:  Rahsia Jualan di Shopee

Bukan salah dropshipping tersebut tapi kadangkala urusan shipping ini ada naik dan turunnya.

Kesimpulannya jika anda buat dropshipping anda pasti akan alami perkara ini dan anggaplah ia salah satu pengajaran berterusan sebagai on line seller. 

Anda juga akan alami beberapa perkara seperti refund kepada customer jika stok tiba-tiba habis aatau anda salah setiing shipment atau harga salah update hingga ia menjadi murah dan merugikan anda. Ini semua asam garam sebagai online seller. But in the end - keuntungan itu harus diambil kira itu penutup bila buat bisnis, jangan sampai rugi...

Tapi bila permulaan membuat bisnis- pasti ada kerugian sebab anda dalam learning curve. Ianya bukan rugi ler tapi ianya dianggap yuran belajar sebelum pandai. dah faham, dan mula menjana keuntungan pertama, selepas itu jika rugi maka memang rugilah anda..ahaks sebab anda dah membuat keuntungan pertama takkan selepas ini rugi pula...kalau rugi memang salah kau ler.


Baca artikel ini :

KESILAPAN SHIPMENT SETTING SSL UNTUK DROPSHIIPING SHOPEE AKAN MERUGIKAN ANDA

Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan