KEDAI SHOPEE ANDA RUGI KERANA SIMILAR PRODUCT

KEDAI SHOPEE ANDA RUGI KERANA SIMILAR PRODUCT

 


Maaf audio kurang baik.
Dalam perniagaan Shopee ini perkara utama yang menjadi masalah kepada seller ialah HARGA.

Kebanyakan pemain dalam kedai Shopee cukup dikenali suka main harga bermakna suka menurunkan harga hingga margin keuntungan mereka menjadi rendah.  Inilah realiti dalam dunia marketplace.

Apatah lagi jika produk anda berasaskan produk dropshipping bermaksud bukan anda seorang sahaja yang menjual produk ini tetapi beribu-ribu seller yang lain menjual produk yang serupa dengan anda.

Platform Shopee ada satu item yang seller paling tak suka iaiatu SIMILAR PRODUCT dimana jika seseorang klik produk anda,  jika anda scroll dibahagian bawah produk tersebut terdapat satu kolum iaitu SIMILAR PRODUCT.

Dimana algoritma Shopee akan menyusun produk yang sama anda jual kepada pelanggan yang datang ke kedai anda. Sekali lagi jika anda dropshipping yanga menggunakan title yang sama dan biasanya memang sama, ia akan menunjukkan barangan tersebut pada pelanggan anda.

Dan jika barangan pesaing anda lebih murah sudah tentu pelanggan anda akan lari ke kedai yang menjual produk yang sama ke kedai pihak pesaing anda. 

Memang stress kalau ini berlaku, apatah lagi jika anda buat iklan berbayar untuk promosi produk anda tetapi yang mendapat jus ialah pesaing anda. Ini lah kelemahan Shopee . 

Anda boleh menonton dengan jelas penerangan abg H dalam video ini.


Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan