Berapakah Jumlah Produk Di Kedai Shopee Yang Paling Sesuai

Berapakah Jumlah Produk Di Kedai Shopee Yang Paling Sesuai

Berapakah Jumlah Produk Di Kedai Shopee Yang Paling Sesuai


Persoalan yang sering diperkatakan oleh semua seller iaitu berapakah jumlah produk yang paling sesuai untuk mendapatkan sales.

Setiap seller baru sertai Shopee biasanya akan diberikan kuota 1000 produk yang boleh dimasukkan ke kedai mereka. Dan jika terdapat 5 jualan maka jumlah produk akan ditambah kepada 3000 produk.

Ini sahaja dah menunjukkan bahawa Shopee menggalakkan seller memasukkan seberapa banyak produk ke kedai mereka.

Teori yang diguna pakai ialah lagi banyak barangan yang dimasukkan ke kedai anda maka lagi berpotensi kedai anda di jumpai melalui kata carian oleh pembeli.

Dan admin rasa anda semua mengiyakan kerana ia teori yang logic. Namun untuk admin sebaliknya.

Admin mempunyai 3 buah kedai Shopee dan setiap jumlah produk di kedai Shopee admin ialah 3000, 500 dan 80 produk.

Dan untuk refresh balik ialah jumlah Seller di Shopee ialah beratus ribu malah bertambah dari masa ke semasa dan saingan untuk menjual produk di Shopee memang cukup hebat.

Dan menambah sakit lagi jika anda tidak pandai memaksimakan marketing aps yang diberikan percuma oleh mereka. Maka anda akan tertinggal di belakang. Marketing umpama iklan memperkenalkan kedai anda kepada pembeli anda.

Malah jika anda membuat jualan di Shopee, adalah perkara wajib Shopee Ads iaitu iklan berbayar wajib digunakan. Dimana anda membeli kata kunci atau letakkan produk anda dihadapan homepage Shopee 

Kesimpulan jumlah seller yang ramai, skill marketing dan membuat iklan berbayar mempengaruhi sales anda.

Oleh itu jumlah produk bukanlah penentu sales anda di Shopee. Marketing adalah penentu utama anda mendapatkan sales dengan menarik trafik ke kedai anda.

Kesimpulannya ialah untuk menjawab soalan samada jumlah produk pengaruhi sales anda adalah TIDAK!!!

Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.


Catat Ulasan

0 Ulasan