CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS SHOPEE DENGAN BAIK

Di Shopee terdapat aplikasi di dashboard yang membantu seller membuat promosi kesemua produk mereka. Jika anda bijak memaksimumkan pengunaan marketing aps mereka maka anda boleh boostkan sales anda dengan mudah dan meroket.

Ini adalah contoh iklan yang saya jumpa di FB dimana penjual ini membuat FB ADS mengapa anda harus berbelanja di kedai beliau. 

Dan macam biasa, admin pergi laman FB Pages beliau dan dapat mencuri image yang beliau masukkan. Di FB ADS beliau menggunakan video dengan durasi 22 saat. Nice shop dan dekorasi yang cantik.

Nama di rahsiakan....tak boleh ler beritahu nanati dia marah dan as seller kita tak boleh promosi kedai orang lain tetapi boleh belajar bagaimana mereka menjual kedai mereka. Ini namanya persaingan beb..ahaks

Jom kita analisa kedai Shopee ini.

Kedai ini konpem dropshipping kerana ia mempunyai 2500 produk pilihan dan hanya dropshipping sahaja mampu memberi pilihan sebegini.

Kedai ini admin boleh anggarkan margin untung dia dalam 15% -25% kerana ia mampu memberivoucher percentage yang baik dan agak tinggi kepada follower iaitu sehingga 10%.

Admin telah ke kedai beliau dan beliau ada sertai kempen program Free Shipping dan Cashback dan anggaran service dan fee kepada Shopee setiap jualan maksimum 10% dan jika margin beliau 25% maka ia tetap dapat untung 15% setiap jualan dan tolak maksimum 10% untuk new follower maka beliau masih  dapat 5% margin untung.  Seller ini kena pastikan margi untung 25% kalau nak survive ini.

Tapi kesleuruhan kempen admin lihat ia kasi 3% hingga 6% so jika margin untung dia 20% dia tetap untung 4%. Mungkin beliau ambil risiko tiada profit untuk follower kot sebab dia tahu follower ini dan paling penting belau nak follower organik. Maybe kot.

Beliau memaksimumkan penggunaan bundle sale pada semua produk beliau dimana beli 2 dapat potongan 3%. Bagus !! 

Add on deal beliau tak banyak atau admin mungkin tak jumpa kot,,hahahhaa. Yalah 2500 produk beb. Admin jumpa 2 produk sahaja ada add on deal. 

Admin faham sebab nak buat add on deal kena pastikan produk itu saling berkait dan dengan 2500 produk akan makan masa. 

Beliau juga sertai semua kempen oleh Shopee dengan voucher tetap 3%, satu angggaran yang baik. Kadang kala kita kena sertai semua kempen oleh Shopee sebab nak jaga hati Shopee. Shopee kan sayang seller yang aktif dan sales yang tinggi.

Lebih menarik semua produk beliau adalah free shipping dan buyer tak perlu guna free shipping kupon mereka, Konpem ini dropshipping NON SSL ini dan admin dapat agak dropshipping apa yang beliau gunakan. 

Kalau anda guna perkhidmatan dropshipping NON SSL, semua shipment akan diuruskan oleh syarikat dropshipping tersebut dan kos shipment akan dimasukkan di dalam harga produk.

Pehhh..beliau buat Spin Game lagi, ini kaedah yang power beb sebab manusia kan suka main game. Tapi kena hati-hati sebab Spin game ini kadang-kadang boleh merugikan jika tak periksa dengan betul.

Beliau juga jujur dengan tarikh penghantaran kerana beliau ada masukkan produk oversea ialah 7 -14 hari. Jujur mamat ini. Sebab salah satu masalah on line seller ialah penghantaran. Biasanya 2- 4 hari dan  paling lama 7 hari. Jika anda ada supplier oversea memang cukup lama, Selalu seller dropshipping kena marah dengan buyer ialah penghantaran yang lama.

Kesimpulannya seller ini memang cekap dan gunakan semua marketing di Shopee tetapi kesannya ialah margin untung yang rendah, Tak boleh buat apa jika anda seller dropshipping, mainan harga di Shopee cukup hebat dan nak dapat untung besar macam dulu dah tak boleh dapat lagi. 

Kena ikut flow harga pasaran yang dibuat oleh seller muda yang merosakkan pasaran. Shopee suka ler yang tak suka kita seller. 

GOOD BRO BRO!!!!

Mamat memang cekap dan dengan kos FB ADS beliau serta voucher beliau, seller ini kena dapat sales yang konsisten kalau tak bungkus. Ini risikonya tapi admin tengok rating dia power makna sales dia tinggi ler. 

Apa yang admin ingin terangkan disini ialah bagaimana beliau memaksimakan marketing aps yang diberi oleh Shopee. 


Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.


CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK



CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK

CONTOH KEDAI SHOPEE YANG MENGGUNAKAN MARKETING APS  SHOPEE DENGAN BAIK


Catat Ulasan

0 Ulasan