RETARGETTING DI FB ADS MEMERLUKAN MODAL YANG TINGGI

RETARGETTING DI FB ADS MEMERLUKAN MODAL YANG TINGGI

 

RETARGETTING DI FB ADS MEMERLUKAN MODAL YANG TINGGI

Jika anda biasa membuat iklan di FB Ads anda tentu pernah mendengar tentang re-targetting, scaling atau TOFU, MOFU atau BOFU atau funnel. Itu semua istilah re-targetting iklan kita dari cold audience kepada warm audience dan kalau nasib baik anda akan dapat hot audience yang pasti akan memberi sales yang tinggi kepada anda. 

Inilah rahsia utama dalam membuat iklan di FB ADS di mana retargetting adalah perkara wajib anda fahami, Anda ingat dengan membuat iklan di FB tanpa beberapa iklan lain yang diubah dari segi interest, objektif dan dynamic creative anda boleh menjana pendapatan. Secara kasar admin boleh katakan potong jari ler..heheheheh.

Retargetting ini umumnya ialah anda membuat iklan asas sesuatu produk tersebut menggunakan video atau slide show untuk yag pertama kali anda promosi. Tujuan iklan asas atau kita namakan TIER 1 adalah memberi maklumat kepada cold audience dan menangkap mana-mana penonton iklan anda yang telah melihat video anda selama 25% atau 50%.

Dari TIER 1 ini iaitu mengenal pasti penontom iklan anda yang telah menonton iklan anda 25% atau 50% maka anda akan membuat satu lagi iklan dengan target penonton yang menonton iklan anda 25% atau 50% ini menggunakan custom audience yang kita panggil TIER 2.

Boleh ker kita asingkan penonton yang menonton yang menonton 25% atau 50% iklan anda, Boleh beb !! power FB ADS ini kalau anda pandai guna,. 

Malah di TIER 1 anda boleh EXCLUDED kan agar iklan anda tidak di tunjukkan lagi pada target 25% atau 50% pun boleh untuk kurangkan kos iklan pun boleh!!

TIER 2 inilah yang kita panggil sebagai warm audience dimana anda boleh membuat iklan testimoni , offer , upsell/cross sell dan objection ads. 

Saya harap anda faham secara asas macam mana saya buat targetting. Masalahnya jika anda dropshipping dan membuat pelbagai produk anda kena dapatkan data yang cukup untuk membuat iklan TIER 2. 

Anda tahu TIER 2 ialah iklan yang mengejar semua pelanggan yang telah menonton iklan di 25% atau 50% dimana sahaja mereka berada.  Kalau TIER 1 hanya boleh berikan data kecil sangat macam mana nak buat sales.

Mahu tak mahu ada kena buat beberapa iklan di TIER 1 dan biasanya admin membuat 5 iklan dengan ubah umur sahaja dan kemudian admin akan analisa iklan ini. Jika link low dan CPC serta freq tinggi maka admin kan tutup tapi jangan tutup awal sangat, biarkan dalam 3 hari sebab algoritma FB nak belajar. 

Sebagai sontoh gambar di atas sekali, admin membuat 5 iklan dan admin telah tutup satu iklan sebab teruk sangat. Dan admin membuat funnel di T2 dengan membuat custom audience satukan semua video dari iklan ini.


RETARGETTING DI FB ADS MEMERLUKAN MODAL YANG TINGGI

Admin mempunyai beberapa ads FB Account dan admin gunakan ads akaun ini dapatkan dengan membuat ikan produk ini. Senang nak buat kira-kira..hehehehe. Kalau rugi dari budget kita rileks dulu.

Kalau anda lihat custom audience 4 video dah ada sampel yang baik dan admin boleh gunakan buat iklan di T2.

T2 adalah funnel warm audience dan dari T2 admin akan buat T3 pula untuk dapatkan hot audience, Ini adalah option yek. Ada modal buat jer..ahaks. Dan jangan lupa ambil dapatkan data dari video T2 pula.

RETARGETTING DI FB ADS MEMERLUKAN MODAL YANG TINGGI

Dan jika anda advance anda boleh buat LLA ( lookalike) dari custom audience 4 video sebab sampel dia kan besar dan semakin membesar. Kalau ikut FB, jika anda mempunyai sampel dalam 100 orang dah boleh buat LLA.

LLA adalah amat power sekali anda boleh gunakan LLA buat iklan produk yang serupa yang anda jual atau gunakannya untuk develop iklan di TIER 1 produk yang sama. Terpulang ler.

Kalau anda lihat ada custome auidence website cvisitor, Admin ada website dan gunakan view content ke URL  produk ini dan ia belum cukup masak lagi. Kita rileks dulu.

KOS IKLAN

Dalam iklan ini kosnya ialah 80% untuk TIER 1 dan 20% untuk TIER 2 atau nak buat TIER 3.
Mahalnya di TIER 1 sebab anda nak kumpul data. So di TIER 1 anda jangan pening sangat tentang sales kerana WANG DATANG DARI RETARGETING BUKAN DARI TARGET TIER 1.

Biasanya admin akan buat iklan kos ialah 20X dari margin untung Maksud jika margin untuk RM50 anda kalikan 20X = RM1000. Kenapa nanti admin terangkan nanti.

ADAKAH RETARGETING SENTIASA PELRU MODAL TINGGI.

Jawapannya tidak dalam jangka masa yang lama jika iklan anda beterusan. Kos ini hanya tinggi pada permulaan jika FACEBOOK PIXEL anda baru lagi dan CUSTOM AUDIENCE anda baru nak collect data LLA anda belum masak lagi.

Sebab itu anda fokus jual sesuatu produk ini berterusan dengan budget yang anda targetkan, Jangan jual macam-macam produk kecuali anda ada modal ler. Kalau tak der modal, fokus satu produk dan buat analisa. 

Sebab tu kadangkala anda hairan kenapa seseorang itu buat iklan yang sama dengan anda, dengan gambar yang sama, copywriting yang sama tapi sales anda ZERO tapi dia setiap bulan ada jer sales. Sebab funnel dia dah kukuh beb dan jika ia berterusan membuat iklan di FB lagi kuat funnel dan data dia.  All about money beb,,ahaks


REALITI FB ADS

Realiti pahit tentang FB ADS ini anda kena buang duit untuk belajar. Di FB ADS ini ada pelbagai jenis funnel dan anda kena belajar dan cuba kalau nak tahu kesannya. Jika anda mempunyai funnel macam di atas tapi salah pilih objektif..koyak duit anda. Kalau anda salah pilih audience...koyak lagi...

Untuk koyak dari untung memang cukup tinggi...hahahahaha. Jangan guna modal yang tinggi kalau anda baru mula. Budget RM5 sehari cukup dengan audience kecik jer.

FB ADS ini mempunyai teknik yang tiada penghujung dimana contoh di atas saya hanya cakap tentang Custom Audience serta beberapa iklan.

Belum lagi saya bercerita tentang lead magnet dimana anda kumpulkan email. Dimana anda kena belajar buat ebook atau webinar atau offer  untuk dapatkan lead magnet ini

Belum lagi beberapa funnel dari website sahaja ada lapan teknik menggunakan FB Pixel.
Admin mula menceburkan FB ADS ini dah 2 tahun dan selepas habiskan duit dalam ribuan ringgit dan kini pun masih ada iklan yang untung atau rugi. Still learning beb..

Nak belajar FB ADS kena banyak membaca dan mencari guru. Good luck to all. Nantikan video kami nanti tentang FB ADS funnel tutorial kami.


Catat Ulasan

0 Ulasan