Soalan yang says terima bilakah anda harus menggunakan Shopee Ads ini. Kerana melalui tutorial saya kerap saya katakan bahawa melalui Shope Funnel Sales Meletup, anda akan perolehi trafik ke kedai anda melalui optimasi kata kunci serta produk winning dan ditambah dengan marketing yang baik serta 2 lagi funnel penyokong iaitu Maintenance dan Advance Sales, saya akan dapat menjana 400% kenaikan sales.
Ini bermakna saya mengatakan bahawa trafik yang akan datang ke kedai anda adalah trafik organik!! Ini adalah penyataan saya dan saya mengiyakannya tanpa serba salah.
Tapi anda harus ingat dengan optimasi produk sahaja, trafik tidak akan datang pantas ke kedai Shopee anda tanpa anda melakukan marketing. Mungkin anda lupa yang ini dimana saya tidak mengatakan marketing haruslah dilakukan melalui Shopee Ads.
Marketing boleh dilakukan melalui teknik yang say ajarkan iaitu menggunakan sepenuhnya sistem marketing percuma dan media sosial dengan teknik yang betul dan tepat. Seperti membuat Shopee Feed/ facebook live, update semua media sosial yang anda ada dan share ke group-group anda dengan disiplin yang ketat. Itu saranan saya jika anda membaca EBook Shopee Funnel Meletup saya, anda akan dapat banyak tips-tips yang saya berikan.
Persoalan anda bila MASANYA HENDAK GUNA SHOPEE ADS?
Soalan saya pula adakah mempunyai masa untuk membuat semua saranan diatas dan berapa peratus yang mampu anda lakukan untuk melaksanakannya. Jika ya, kenapa anda harus membuat Shopee Ads kerana melalui teknik ini anda bisa menjana sales dan trafik ke kedai anda.
Tetapi ia akan mengambil masa dan kesabaran anda, dan jika anda sanggup maka anda tak perlu gusar dengan teknik ini kerana anda bukannya mahu terburu-buru dalam mengejar sales yang tinggi. Dan secara peribadi saya percaya bahawa teknik ini adalah teknik yang terbaik dimana anda secara perlahan-lahan membina branding anda diseluruh media sosial sedikit demi sedikit.
Dimana jika anda post setipa hari satu image/video mengenai kedai Shopee anda di media sosial dan dalam masa 5 bulan anda dapat membuat 300 post sahaja untuk kedai Shopee anda dan melalui post ini potensi antara 500 post ini akan dibaca oleh pengguna lain dan secara tak langsung membina memberitahu algoritma di FB/Instagram yang berulang- ulang di momok dengan branding kedai Shopee anda menungkin kedai anda mendapat carian dunia digital.
Malah jika anda sering membuat Shopee Feed serta mencari follower ia akan membina kekuatan dalaman dalam kedai anda. Pendek kata anda kena sabar dan setkan berap ajam sehari untuk untuk awak membuat konten.
TETAPI anda perlu membuat Shopee Ads jika anda mahukan kepututusan yang cepat dan sales yang tinggi. Maka anda wajib membuat Shopee Ads. Shopee Ads ini adalah sebagai pemangkin untuk bosstkan kedai anda di muka hadapan carian oleh buyer.
Tetapi pastikan produk anda adalah produk winning yang telah dikemas kini dari segi harga dan marketing yang saya berikan melalui Shopee Funnel Sales Meletup saya, barulah anda boleh membuat Shopee Ads tanpa kerugian.
Shopee Ads tidak membawa sales jika produk anda tidak bersaing maju. Inga perkara ini yaa...
TETAPI anda boleh sahaja membuat Shopee Ads jika anda mempunyai masa dan mempunyai MODAL , go ahead!! Anda tidak rugi apa-apa pun sebenarnya. Teknik yang ajarkan ini membuat sales tanpa mengeluarkan modal tambahan dan jika anda mampu mengeluar modal, lebih baik buat Shopee Ads dan itu saranan saya. Buat apa nak buang masa padahal anda mempunyai modal pusingan untuk BOOSTkan kedai Shopee anda.
Ini penjelasan saya tentang soalan yang dikemukan oleh rakan komen saya melalui You Tube Channel saya.
0 Ulasan