Pada bulan depan event besar Shopee 7.7 akan diadakan dan iklan pun telah bermain di kaca tTV. Tak kira ler bulan ini atau bulan depan atau seterusnya apabila ada event besar di Shopee, anda sebagai seller kena bersiap sedia 2 minggu lagi awal.
Dan disebabkan saya ada masa yang lebih.. Sekarang ini agak sibuk menguruskan channnel You Tube dan dengan 3 buah kedai serta Ebook yang dalam progress pengiklanan memang kedai Shopee saya agak terbiar kecuali kedai Shopee utama.
Hari ini saya kemaskini kedai Shopee eksperimen kita yang ditunjukkan di EBook iaitu Shopeermaniac kemaskini beberapa perkara. Apa yang saya akan lakukan apabila event besar akan berlaku pada 2 minggu pertama ini.
PILIH WINNING PRODUK
NAIKKAN SHOPEE ADS BIDS
Sebenarnya iklan ini adalah iklan yag telah saya buat dahulu tetapi saya telah off kan kerana tiada aLasan untuk saya nak buat Shopee Ads ini. Disebabkan event lagi 2 minggu saya naikkan semula iklan ini khas untuk event ini sahaja.
KEMASKINI VOUCHER
Saya kemas kini voucher kedai yang telah expired dan updated dengan tarikh baru. Nasib baik saya periksa rupanya ia telah expired pada 21 Jun lalu, Itu sebab dalam EBook saya telah menekan funnel Maintenance iaitu kemas kini semua kedai anda termasuk voucher-voucher anda.
Dengan kemas kini voucher ini maka ia akan memberi impak yang baik dari segi marketing kepada kedai saya dan ianya adalah adalah dalam funnel Marketing.
MARKETING FUNNEL PRODUK WINNING
Disebab kan Bengkung ialah winning produk saya yang baru maka saya berikan diskaun harga 3 % untuk melawan harga pasaran di Shopee. Ada yang lebih murah tetapi dari 7 harga saingan kini hanya tinggal 2 saingan sahaja.
Kos keuntungan saya ialah 18% dan melalui program shipping dan diskaun serta tolak kos transakasi saya ada ler untung dalam 10%. Jadilah sebab keuntungan ini adalah keuntungan yang logik untuk produk ini. Kita lihat bagaimana produk ini hasilnya.
UPDATED DI WEBSITE PRODUK WINNING
Saya membuat blog atau artikel tentang Bengkung di laman web saya ini agar dengan harapan akan mendapat jus SEO GOOGLE nanti. Ini merupakan funnel Advanced Sales yang saya lakukan sekarang ini .
Untuk pengetahuan, artikel yang kita buat tidak semestinya akan di indeks oleh Google dan untuk mempercepatkannya saya kena manuak indeks menggunakn Google Console. Ini semua teknik mendapatkan carian di Google.
Untuk pengetahuan, untuk UBAT SEMUT saya telah kemas kini semenjak saya buat EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup dan jadikan produk ini sebagai contoh di EBook saya. Saya tak perlu ubah apa-apa kerana ianya telah di optimasiikan.
KEMAS KINI SOLD OUT LOT DAN DELIST
Produk yang sold out saya terpaksa delistkan secara manual dan produk yang telah delist saya kena periksa samada stok telah ditambah atau tidak oleh pihak dropshipping.
Kita tak nak nanti pelanggan datang ada produk yang sold out , malu weiii..
PROMOSI DI FB DAN INSTAGRAM
Promosi secara organik di FB dan Instagram dan melalui FB saya kan buat share setiap hari 2 produk ini di group FB dan melalui Instagram melalui post di story dan konten setiap hari juga.
Ini sebagai usaha tambahan sahaja untuk memperkenalkan produk dan jika nasib baik ada ler sales tetapi melalui share di FB Group peluang untuk mendapat sales boleh dikatakan cerah.
DAILY UPDATED DI SHOPEE FEED
Ini pun jangan anda lupa dan gunakan secara effective yer. Buat setiap hari sehingga tarikh 7.7 tiba dan inipun kita anggap sebagai trafik organik. Kalau ada sales maka bagus ler tu.
Maaf tiada contoh gambar sebab saya belum buat lagi dan untuk gunakan Shopee Feed , hanya boleh dilakukan melalui smartphone sahaja.
FB ADS
Dan akhir sekali saya suka-suka masukkan satu lagi produk iaitu alat senaman PUSH Bar dan saya khususkan untuk FB ADS di FB sahaja.
Saya buat schedule dulu dan akan aktifkan pada 3/7 nanti. Dimana iklan ini mempunayi dua bentuk ialah broad ads dan re-targetting ads. Saya suka-suka buat sebab dah lama tak buat FB Ads ini. rindu pula dan sempena event 7.7 ini saya teringin nak aktif ..hehehehe.
KESIMPULAN
Teknik di atas sebenarnya bukan patut dilakukan semasa event jika anda mahu sales yang konsisten. Sepatutnya ia dilakukan dengan kerap. Jangan amalkan cara yang saya buat ini. Anda kena amalkan perkara diatas sebagai rutin wajib anda kecuali FB Ads atau naikkan Shopee Ads. Saya naikkan sebab nak aktif dalam event 7.7 Shopee.
Kesemua teknik ini adalah teknik yang saya berikan dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya dan jika anda dah mahir dengan funnel ini , anda hanya teruskan sahaja dengan mudah.
0 Ulasan