Satu soalan yang mudah untuk dijawab dan jawapannya ialah ALGORITMA SHOPEE berbeza dengan ALGORITMA GOOGLE. Dimana kekuatan utama Shopee ialah Kata Kunci tetapi di Google ianya lebih luas dan dipanggil SEO. Dimana melalui kedua-dua ini anda akan dapat hasilkan sales yang lebih tinggi ke kedai Shopee anda. Maksudnya ialah masukkan produk ke Shopee anda ke blog anda dan linkkan produk tersebut dari blog anda terus ke kedai Shopee anda. Dimana anda akan dapat menjana trafik tambahan dan sales tambahan ke kedai Shopee anda. Anda tidak boleh bergantung selama-lamanya trafik dari Shopee ke kedai anda. Sebenarnya boleh,,hahahahaha kerana jumlah pelawat ke Shopee sebulan ialah 20 - 30 juta orang tetapi apa salahny amencari alternative lain yang boleh menjana sales ke kedai anda. Anda tidak boleh semata-mata bergantung kepada trafik Shopee sahaja dan lagi 5 tahun kita tak tahu apa yang akan terjadikan maka adalah baik membuat persiapan awal. Dan lagipun sebagai seller, tujuan anda ialah memaksimum jualan kedai anda dan seller harus sentiasa fleksibel dan "adopt" segala teknologi terkini. Saya bukannya memint anda membuat E-Commerce tetapi blog atau artikel tentang kedai anda dan masukkan produk ke kedai anda, satu artikel yang ringkas tentang produk anda. Tak perlu check out atau add to cart semua...sebuah artikel sahaja. Setiap hari buat satu artikel dan biarkan SEO jalan kan kerjanya. Ia akan memakan masa kerana di dunia blogging terdapat berbillion website lagi banyak dari seller Shopee. Tak payah buat iklan semua, sebab tujuan anda hanyalah nak pastikan produk anda di enjin carian Google. Tapi semuanya ada teknik yang tertentu yek dimana kita memanggilnya SEO ( Search Engine Optimization) yang memenatkan tapi very fun to learn. Ini adalah ilmu yang best dibelajar,, Nantikan lagi tutorial saya mengenai blogging di Shopee . Saya akan buat video ini dari part 1 kerana untuk belajar tentang blogging ini harus mempunyai stepnya. Maka video ini adalah part 1 saya, Dapatkan Ebook Funnel Sales maletup; https://shopeefunnel.com Lihat blog saya yang berumur 11 tahun : https://hanifidrus.blogspot.com/ Lihat blog Shopee saya: https://shopppermaniac.blogspot.com/
0 Ulasan