Apakah persamaan You Tube, Shopee dan Blogging. Dimana ketiga-tiga ini mempunyai persamaan yang kuat dalam menjana trafik ke halaman anda.
Tanpa pengetahuan ni, anda pasti gagal menarik trafik ke You Tube, Shopee dan Blog anda, malah akan memberi impak yang teruk kepada sales anda. Kemahiran persamaan ni adalah KATA KUNCI atau KEYWORD. Dimana kesemua ni mempunyai algoritma sebagai enjin carian dalam membantu pengguna atau buyer mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk, isu atau sebagainya. Malah saya pernah katakan bahawa Google sendiri menambahbaik Google Vital Core mereka untuk naikkan prestasi " User Experience" pengguna mereka. Anda harus menganggap kesemua mereka ini adalah sebuah syarikat swasta yang mencari keuntungan melalui trafik yang datang ke halaman mereka. Tak kira Shopee, You Tube atau Blog. Dimana melalui trafik ke blog mereka anda juga akan mendapat 'jus" daripadanya. Sebagai contoh, semua sedia maklum sehari, pelawat yang mengunjungi Shopee adalah 2-4 juta orang dan melalui trafik dari Shopee, anda mampu mengambil kesempatan daripada trafik yang dijana oleh Shopee menjual produk anda. Bayangkan jika tiada pengguna yang datang ke Shopee maka bolehkah anda menjual produk anda. Oleh itu kesan daripada usaha menarik pengguna oleh ketiga-tiga ni maka sebagai peniaga atau blogger atau You Tuber haruslah ikuti peraturan mereka yang mementingkan " user experience" dan kadangkala peraturan tersebut membebankan anda. Sebagai contoh, blogging haruslah mempunyai loading time bawah 3 saat untuk diklasifikasikan mesra pengguna, barulah Google akan berikan anda keistimewaan di halaman pertama. Anda kena fahami, mereka semua berusaha keras agar ikuti peraturan mereka dengan memastikan artikel, video dan produk anda mempunyai kata kunci yang betul. Ketiga-tiga ni kerap mengatakan salah satu aspects penting dalam usaha memastikan "mesra pengguna" , ialah kata kunci dengan produk, video atau artikel anda adalah betul dan jika ia salah maka anda akan di penalti sebagai spam dan mengelirukan pengguna. Maka, persamaan mereka semua adalah KATA KUNCI dan untuk berjaya dalam ketiga-tiga platform ini anda harus mahir dalam kata kunci tersebut.
0 Ulasan