Saya pernah katakan dahulu , saya tidak galakkan anda menggunakan dua drophipping dalam satu kedai jika method kurier mereka yang berbeza.
Boleh baca artikel ini:
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/07/impak-guna-2-dropshipping-di-satu-kedai.html
Dan hari ini saya akan tunjukkan contoh kedai saya kena penalti disebabkan saya menggunakan 2 dropship dan menyebabkan sistem penghantaran yang salah kepada syarikat yang lagi satu.
Untuk pengetahuan anda saya menggunakan 2 syarikat dropshipping di kedai Shopee saya dengan tujuan hendak menambahkan produk di kedai Shopee saya ini.
Pada mulanya ianya tidak menghadapi masalah. Masalah timbul apabila Shopee telah mengumumkan bahawa sistem penghantaran oleh Shopee akan ditentukan oleh Shopee yang dipanggil Standard Delivery dimana anda tidak berhak memilih kurier yang anda minati. Shopee akan tentukan sendiri.
Boleh baca artikel ini tentang sistem penghantaran Shopee yang baru:
CONTOH PENALTI GARA-GARA 2 DROPSHIPPING DI KEDAI YANG SAMA
Saya kena pelati "Non-fulfillment Rate" bermaksud tak boleh hantar shipment atau penuhi kehendak pelanggan.
Punca kena penalti ialah seller iaitu saya batalkan penghantaran produk kepada pelanggan atas alasan stok habis tetapi sebenarnya produk ini telah direject oleh Syarikat Dropshipping tersebut kerana sistem kurier yang salah.
Saya telah enablekan dua SSL iaitu DHL ( Save Value) Dan J&T ( Dropshipping Malaysia) dan biasanya tiada masalah kerana sistem automasi sebelum ini hanya mengahantar maklumat kepada syarikat tanpa melibatkan kurier.
Semenjak pelaksanan terbaru Shopee iaitu Standard Delivery maka ia telah tentukan produk tersebut menggunakan DHL. Habislah saya..huhuhuhu
Menerima what apps daripada Dropshipping Malaysia telah refund bayaran kepada saya. huhuhuhu
Diatas ini adalah syarikat dropshipping yang saya gunakan iaitu Dropship Malaysia, jika anda lihat ia menggunakan J&T sebagai kurier servis mereka. Tetiba Shopee pula suka-suka tetapkan hanar guna DHL.
IMPAK NYA KEDAI SHOPEE SHOPEERMANIAC KENA PENALTI dan kompem sales akan merundum teruk..
0 Ulasan