SATU STORE SHOPEE UNTUK SATU SELLER ( BIla masanya anda perlu buka ada lebih dati satu kedai)

SATU STORE SHOPEE UNTUK SATU SELLER ( BIla masanya anda perlu buka ada lebih dati satu kedai)



Salah satu impian seller di Shopee adalah memiliki lebih dari satu kedai di Shopee. Tapi bilakah masa yang sesuai untuk membuka kedai tambahan di Shopee atau perlukah anda mempunyai kedai tambahan di Shopee?

Pada pendapat saya anda memerlukan lebih dari satu kedai di Shopee jika anda menjalan peniagaan online secara dropship. Kenapa say amengatakan demikaian ialah kadar keuntungan bersih melalui dropship amat rendah dimana angaran kasar antara 10% hingga 27% sahaja.

Dengan satu kedai Shopee sahaja dan katakan jualan anda sebulan 100 jualan, anda hanya mampu menjana  untung bersih dalam RM300 - RM 500 sahaja. Memanglah jika dilihat sales anda cukup tinggi iaitu beribu-ribu tapi bukan itu yang kita mahu, kita mahu untung bersih.

Oleh yang demikian , mahu tak mahu sebagai dropshipping anda terpaksa membuka sebuah atau beberapa buah kedai di Shopee dengan niche yang berlainan untuk menjana keuntungan yang lebih kepada anda.  Tapi sebelum anda membua kedai tambahan di Shopee pastikan kedai pertama anda telah konsisten dengan sales yang baik.

Melalui pengalaman anda dengan kedai pertama, pembukaan kedai kedua bukanlah sesuatu yang mencabar kerana anda telah mempunyai pengalaman yang tinggi melalui kedai pertama anda. 

Seperkara lagi saya galakkan anda membuka sebuah lagi kedai Shopee kerana perniagaan dropship jika anda menggunakan sistem automatis, lama kelamaan anda tiada lagi tekanan untuk menguruskan kedai Shopee anda. Hanya pada permulaan sahaja apabila anda mulan kedai baru, anda kena membuat produk listing serta dekorasi kedai. Dan kemudian hanya manintain dengan mencari winning produk dan marketing. 

Anda mampu menguruskan lebih dari satu kedai Shopee jika perniagaan dropship anda dijalankan melalui siste automatis  menggunakan Kumoten atau Save Value. Anda boleh tonton video saya berkenaan dropship ini di channel saya.

Seperkara lagi jika anda mempunai beberapa kedai Shopee anda boleh sync kan semua kedai Shopee anda menggunakan Site Giant sebuah platform untuk sync semua kedai Shopee. Ini akan saya terangkan melalui video terbaru saya nanti.

Kesimpulan saya memang galakkan anda membuka lebih dari satu kedai Shopee jika anda benar-benar mahu menjadikan perniagaan online di Shopee sebagai pendapatan utama anda.


Dapatkan segera EBook Kami ini di : https://www.shopeefunnel.com/ Apa itu Shopee Funnel Sales Meletup: https://youtu.be/8jkXgsBKhno Bonus yang akan dapat melalui pembelian EBook ini: https://youtu.be/d-NhXTRZmFA Blog kami: https://hanifidrus.blogspot.com/


SATU STORE SHOPEE UNTUK SATU SELLER


Catat Ulasan

0 Ulasan