Impian semua blogger ialah mendapatkan pageview yang tinggi. Tetapi ianya datang dengan usaha dan pengorbanan yang tinggi dan lama. Anda mesti ketahui bahawa terdapat 1 billlion blog di dunia ini dan bukan anda seorang sahaja yang membuat blog yang mempunyai niche yang sama dan teknik yang sama. Malah jumlah blogger setiap hari semakin hari semakin bertambah dan baru-baru ini Google ada membuat perubahan dalam Google algoritma mereka menambahkan sesak di dada untuk bersaing dengan blogger lain dan sekaligus hendak naikkan jumlah pageview. Apatah lagi jika anda blogger baru dan anda sudah berada di dunia yang pesat bersaing tidak seperti 10 tahun yang lalu. Saingan kini makin kejam dan laju. Lambat memperbaiki diri dan ilmu, sudah pasti anda akan tertinggal. Tetapi teknik blogger tidak tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Always back to basic jika anda mahukan yang erbaik untuk blog anda. Dan salah satu cara untuk naikkan pageview blog anda mengikut Google ialah membuat artikel atau konten yang berkualiti dengan jumlah patah perkataan 2000-3000 patah perkataan . Dan jika anda blogger baru, maka cabarannya lebih hebat dimana anda harus membuat 6 artikel sehari untuk memastikan artikel dan blog anda diindeks cepat oleh Google. Ini teknik asas yang harus anda ikuti dan tiada shorcut. Ini yang saya suka dengan Google, anda akan mencapai kejayaan jika anda kuat berusaha. JIka anda blogger lama atau baru tetapi anda malas, anda akan kembali ke tempat tercorot semula. Itulah manisnya blogger. No seniority beb!!! Cuma kelebihan senior blogger ialah mereka sudah ada koleksi artikel mereka sendiri dan trafik tetap ada ke blog mereka walaupun mereka tidak updated etiap hari. Itu adalah hasil dari usaha mereka pada awal penglibatan mereka. Dan anda tidak boleh ikut cara tersebut kerana anda baru sahaja menjadi blogger. Kena kuat berusaha dan bersabar dengan undang-undang Google ini. Melalui pengalaman saya, menjadi blogger memerlukan kesabaran dan disiplin yang cukup tinggi. Saya mula mendapat trafik konsisten ke blog saya setelah hampir setahun berblogging kerana tidak memahami teknik blogging. Buang masa saya selama setahun dan kemudian baru belajar apa itu SEO. Dan anda tidak perlu lalui semua itu kerana saya sedia membantu anda. Anda serius mahu menjadi blogger, buat 6 artikel sehari dan lihatlah kepetusannya.
0 Ulasan