Persoalan yang menarik untuk dikupaskan malah harus dikupas secara mendalam agar anda tidak kerugian apabila membuka kedai di Shopee kerana Shopee mempunyai kos perkhidmatan yang seringkali terlepas pandang oleh seller baru.
Sebelum anda menilai berapakah minimum margin keuntungan sebagai dropshipping yang melayakkan anda menjual di Shopee anda harus pecahkan kepada 3 Bahagian:
1. Adakah anda sertai Program Shopee
2. Adakah anda membuat Marketing di Shopee ( Voucher, Diskaun atau Bundle sales)
3. Adakah anda membuat Shopee Ads
Untuk program Shopee yang dibuat oleh Shopee sertai kos perkhidmatannya saya ada membuat video ini. Anda akan mendapat penjelasan penting inilah kos tambahan jika anda sertai Program Shopee ini: https://youtu.be/GHMdlFnfZNA
Margin Keuntungan minimum yang saya amalkan ialah 10% ke atas. Jika bawah 10% saya tidak akan menjual di Shopee.
Ini kerana saya sertai Program Shopee yang menyebabkan saya terpaksa membayar kepada Shopee 6% tidak termasuk Transcation Fee 1%. Maka saya akan hilang 7% wajib setiap jualan saya. Maksud saya ialah harga jualan tolak 7% bukan harga kos yek.
Dengan minimum 10% saya mampu menjana keuntungan 3% sahaja jika margin keuntungan saya 10% sahaja.
Jika margin keuntungan saya melebihi 20% keatas maka saya akan mencuba masukkan voucher, diskaun atau Bundle Deal dengan total 5% .
Maka total lupus saya ialah 7% campur 5% = 12%. Maka saya untung 8% sahaja.
Dan jika saya merasakan produk ini ialah winning produk maka saya akan membuat Shopee Ads dengan baki 8% saya ini. Saya akan ambil bid yang termurah dan membuat Shopee Ads saya ini. Mungkin 3% maksimum dari harga kos. Keuntungan bersih saya akan menjadi 5% sahaja!!!
Tapi Shopee Ads saya akan monitor perkembangannya kerana pembayaran berdasarkan per klik dan jika saya mendapat banyak klik tetapi tiada sales/conversion. Saya akan tutup atau tukar kata kunci yang lain.
Walau bagaimanapun mengikut pengalaman saya mengguna dropship ini ialah margin keuntungan biasanya 18% hingga 27%. Ada yang lebih tinggi pernah saya jumpai terutama di Kumoten.
Kesimpulan anda kena bijak bermain dengan 3 elemet diatas untuk memastikan kedai anda profit !!!!!
0 Ulasan