8 PERKARA ANDA HARUS BUAT SEBELUM SERTAI DROPSHIP

8 PERKARA ANDA HARUS BUAT SEBELUM SERTAI DROPSHIP


Bidang dropship secara online semakin berkembang. Ramai yang mengatakan dropship telah mati, ianya tidak mati cuma saingan sebagai dropship seller semakin sengit dan kejam.

Terutama jika anda sertai Dropship menggunakan marketplace seperti Shopee dan Lazada yang cukup mencabar jiwa dan raga buat seller beginner. Oleh itu sebelum anda sertai dropship online ni maka anda harus sediakan 8 perkara ini dahulu kemudian baru anda all out bisnis anda. Tanpa ikuti 8 perkara ni anda masih mampu menjalankan perniagaan online dropship ini tetapi anda akan banyak buang masa. Sepatutnya anda sudah boleh mendapat sales pertama dalam masa 2 minggu akan bertambah kepada 2 bulan gara-gara tak persiapkan diri anda dengan lebih awal. Shopee merupakan platform yang amat kejam terutama untuk dropship. Anda harua bersiap sedia dan sediakan perisai asas atau jika anda main game kena dapatkan dulu level 1 dahulu. Jangan pakai terjah sahaja. Untuk saya perkara yang paling penting dalam mana-mana kerja yang anda mahu buat, ialah passion atau desire atau semangat anda seperti yang saya katakan perkara pertama dari 8 perkara ni. Tanpa semangat, anda akan cepat putus asa dan akhirnya penat anda selama berbulan-bulan tak berbaloi. Habis wang dan habis tenaga dan habis masa yang dibuang begitu sahaja. Untuk pemula peniaga online yang baru menceburi bidang dropship ini. Kekal cekal....Timba ilmu sebanyak yang mungkin.. #tutorialshopeemaniac

Catat Ulasan

0 Ulasan