Dengan menggunakan Facebook ads untuk mempromosikan Shopee Seller Affliate anda maka anda akan mendapat keuntungan 2 kali iaitu margin untung dari kedai anda dan juga affliate bonus dari kedai anda.
Maka ianya agak berbaloi membuat Facebook ads untuk Shopee Seller Affiliate.
Shopee Seller Affiliate program ini adalah jemputan Shopee kepada seller terpilih
KEPUTUSANNYA
Selama 18 hari saya membuat Facebook Ads ke Kedai Shopee Shoppermaniac untuk melihat pendapatan tambahan dari Shopee Seller Affiliate.
Facebook Ads yang saya buat amat ringkas dan paling asas dengan budget yang paling minimum sekali. Memang saya jangkakan KEPUTUSAN JANA PENDAPATAN SHOPEE SELLER AFFILIATE PAKAI FACEBOOK ADS ( EKSPERIMEN FB ADS ) rendah tetapi saya tidak jangkakan komisen Shopee Seller Affiliate saya begitu rendah sekali. Memang terkejut juga!!!
Saya ketahui iklan Facebook Ads untuk dropship agak sukar kerana nilai margin untungnya amat rendah dan jika anda tiada kemahiran khusus dalam membuat Facebook Ads maka anda akan kerugian.
Dan saya jangkakan kerugian tersebut akan ditampung oleh komisen Shopee Seller Affliate dan memang betul. Tetapi margin untung amat rendah sekali . Itu yang hati panas ini.
Saya akan terus membuat iklan ini dan kumpulkan data dan terus upgrade dengan tinggikan jumlah klik , kurangkan kos CPM saya.
Facebook Ads ini adalah satu perjalanan dan perjalanan itu memerlukan kos sebelum anda mencapai target anda.
0 Ulasan