Syukur alhamdulilah kini You Tube Shoppermaniac mempunyai 1000 subscriber. Target KPI tahun ini untuk shoppermaniac dan dijangka memperolehi 1000 sub pada Jun nanti.
Tapi pada awal April dan secara tepat pada 7/4/2022 You Tube Shoppermaniac kini telah memcecah 4 angka!!!
You Tube Channel ini telah lama ditubuhkan dan secara rasmi ia digunakan dengan nama Shoppermaniac pada bulan July 2021. Dan dalam masa 9 bulan kami berjaya memperolehi 1000 sub yang organik ..Bukannya ada sedara mara yang sub You Tube ini.
Semuanya adalah subscriber yang ingin memperolehi ilmu dari You Tube Channel ini. Masa You Tube Channel ini saya ubahsuai kepada niche Shopee, FB ADS dan Blogging, jumlah subcriber saya ialah 60 orang. Maka 60 orang ini, harus ditolak 1000 orang dan itulah subcriber organik You Tube Channel ini.
Terima Kasih semua kerana mereleasasikan impian saya.
0 Ulasan