BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR

BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR

Menjaga pesakit yang terlantar bukanlah mudah terutama jika anda tidak mempunyai pengalaman. Dan saya pernah melalui pengalaman menjaga pesakit terlantar ini dan kesilapan yang saya lakukan ini saya kongsi bersama dengan anda serta cara mengatasinya.

Ibu saya merupakan pesakit yang terlantar akibat kanser beliau telah merebak ke tulang belakang hingga menyekat saraf di tengkuknya hingga menyebabkan kelumpuhan dari leher ke tengkuk. Ini membuatnya tidak mampu menjaga dirinya dan anda harus menjaga kesihatan mereka.

Dua perkara yang akan terjadi dan pasti akan terjadi sebagai pemula menjaga orang tua terlantar ini iaitu ia akan dihidrat iaitu kekurangan air di badan dan serta luka di belakang badan atau punggung kerana terlalu lama terlantar.

Pada hari ini saya akan memberi tunjuk ajar bagaimana mengelakkan dihidrat pada pesakit yang terlantar di katil.

Sebelum itu saya pernah katakan jika anda tidak mempunyai pengalaman menjaga pesakit terlantar di katil ialah ia takkan memperolehi makan dan minum yang mencukupi kerana ketidakmampuan pesakit untuk minum dan makan dengan baik.

Apatah lagi nak makan, sudah tentu ia tak mampu hendak mengunyah makanan pepejal, Maka anda akan berikan minuman susu melalui mulut dan paling tinggi sehari anda berikan 1 cawan sahaja. Dan dalam jangka masa panjang, beliau tidak mampu untuk sedut minuman melalui penyedut anda akan memberi makan melalui picagari.

Bayangkan, dahulu jika anda memberi minum hanya 1 cawan sehari dan kemudian melalui picagari, sudah tentu kesihatan pesakit yang terlantar akan makin teruk dan akhirnya ia akan dihidrat. 

Inilah yang berlaku pada saya dan ibu saya telah dimasukkan ke wad kecemasan selama seminggu dan dimasukkan air melalui dripping dengan banyaknya kerana kekurangan air. Dan inilah penyesalan yang anda tidak mahu terjadi pada anda.

Sepatutnya beliau sakit kerana kanser tetapi sebaliknya ia sakit kerana kekurangan air. Syukur alhamdulilah ibu saya mampu diselamatkan dan untuk mengelakkan ini mahu tak mahu kami mengupah jururawat luar menjaga ibu kami supaya kami boleh belajar dengan cara yang betul.

Dan upah jururawat bukanlah murah dan memakan belanja RM7000 ke atas jika penjagaan selama 1 bulan. Dan saya disini akan memberi langkah demi langkah bagaimana memberi metod terbaik mengatasi masalah ini tanpa anda perlu mengeluarkan wang yang begitu banyak.

TUBE MAKANAN DAN URINE

Salah satu teknik terbaik ialah anda memberi akan melalui tube terus ke perut pesakit terlantar. Ini adalah cara yang terbaik kerana pesakit terlantar tidak boleh makan dan minum dengan baik maka dengan cara ini anda boleh menentukan sukatan yang betul untuk pemakanan pesakit ini.

Tube makanan ini akan dimasukkan ke hidung dan terus ke perut dan tube ini harus ditukar setiap 2 minggu. Kos setiap pemasangan tube ini ialah RM90 pada tahun 2022.

Dan saya juga cadangkan masukkan tube urine pesakit terlantar ke kantung kencing. Ini supaya jumlah air kencing beliau mudah dibersihkan dan salah satu punggung berlubang ialah kesan air kencing yang tidak dibersihkan dengan baik.

Sebaik-baiknya jika anda memasang tube makanan  anda pasang sekali tube kencing. Ianya sama juga iaitu 2 minggu sekali kena tukar dengan kos RM110 juga,

DRIPPING 

Dan untuk sementara selama 1 bulan anda juga harus melakukkan dripping masukkan glukosa selama 2 kali ( 1 bag sahaja) sebagai tambahan. Dimana sekali dripping ialah RM80. Tetapi ini adalah opsyen jika anda telah memberi makan/minum dengan jadual yang betul. 

Untuk dripping , ia harus melalui pengawasan jururawat selama 8 jam dan total 2 kali ialah 12 jam. Kos untuk jururawat selama 1 jam ialah RM20. 

TETAPI saya katakan untuk dripping tidak perlu. Dan saya terpaksa buat dripping kerana sebelum ini ibu saya dihidrat. 


KOS TUBE URINE DAN MAKANAN.

Sebulan kos penukaran tube kedua-dua ialah RM400 sebulan. Ini yang wajib yek kena buat. Dripping tak wajib.


JADUAL PEMAKANAN MELALUI TUBE.

Biasanya pemakanan melalui tube diberikan setiap 4 jam sekali sebanyak 5 kali sehari. Makanan utamanya ialah Susu, Ural dan Lactus.

INI ADALAH JADUAL PEMAKANAN

0700am – Susu 
0800am – Mandi , Dressing dan Senaman 
1100am -  Susu,Ural dan Lactul (Lactul diberi 3 hari sekali) 
0300pm – Susu, Ural dan Lactul  (Lactul diberi 3 hari sekali)
0700pm – Susu, Dan Lactul
1100pm – Susu


BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR

Susu yang disaran ialah ENERCAL yang mengenyangkan pesakit tetapi anda boleh tukar apa jua atas nasihat doktor pakar. Saya guna Enercal sebab ibu saya tak makan apa-apa maka kena beri susu tinggi khasiat.

Jumlah bancuhan ialah 4 skop sekali bancuh sebayak 5 kali sehari. Harga Enercal ini ialah RM65 dan sebulan guna 3 tin minimum ( RM195)

URAL berfungsi untuk mencuci air kencing pesakit. Disebabkan pesakit hanya minum susu sahaja maka ural harus diberikan agar kencing beliau tak pekat atau berbuih. Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di Google.

Ural ini dalam bentuk sachet dan diberikan berasingan dan tak perlu campur dalam susu. Harga Ural ialah RM35 sekotak dan kena beli 2 kotak sebulan. ( RM70)

LACTUL berfungsi untuk memudahkan penghadaman air besar. Apabila anda asik minum susu sahaja, khuatir najis yang keluar keras dan harus gunakan Lactul ini. Kalau najis keras anda kena korek pakai tangan dan sakitkan pesakit.

Lactul ini dalam bentuk cecair dan setiap kali guna ialah 15ML sahaja dan ia tak perlu campur dalam susu. Lactul tidak perlu diberikan setiap hari tetapi 3 hari sekali sahaja. Harga Lactul ialah RM10 dan boleh digunakan sebulan 

Jika ada Vitamin / Madu  cecair pun boleh diberikan jika perlu. Target anda ialah menambahkan tenaga kepada pesakit terlantar.

Saranan pemberian bahan-bahan ini, anda boleh minta pendapat doktor anda sebelum gunakan. Kadangkala terdapat pesakit yang mempunyai alahan dan tidak sesuai menggunakan jenam-jenama yang tertentu

CARA PEMBERIAN MAKANAN MELALUI TUBE

BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR
9 langkah memberi makanan melalui tube

Kepit tube dan  buka penutup masukkan ke dalam air. Pastikan tiada gelembung udara keluar dari tube

Kepit tube masukkan picagari dan melakukan vaccum sehingga semua makanan tak hadam dikeluarkan. Gunakan picagari kecil

Kepit tube dan masukkan air suam ( flash) ke dalam tube. Gunakan picagari besar

Kepit tube dan masukkan susu dan kemudian ural atau lactus ( lihat jadual pemakanan)  

Kepit tube masukkan air suam hingga habis satu cawan ( 2 kali picagari besar) 

REMINDER :
Semasa melakukan aktiviti flash adakala air tak turun. Tepuk bahagian atas picagari dengan telapak tangan. Ini akan memudahkan pengaliran makanan dari tube ke perut.
Pastikan kedudukan picagari sedikit tinggi untuk memudahkan pengaliran 


ALAT -ALAT YANG DIGUNAKAN MELALUI PEMAKANAN TUBE



BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR

Untuk bancuhan susu, saya gunakan teko seperti atas dan pastikan bancuhan air hanya dalam 2 cawan sahaja atau 3 kali picagari besar. 

Anda boleh sahaja gunakan alatan lain seperti corong buat kek yang lutsinar agar lebih mudah dibasuh,

BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR

Picagari kecil ini digunakan untuk aktiviti vacuum makanan dari perut pesakit yang belum hadam. Anda tarik dan kumpulkan di cawan yang berlainan.

Adakala banyak makanan yang tak hadam dan adakala tiada. Tapi pastikan lakukan ini selepas periksa gelembung udara di tube. 

BAGAIMANA MEMBERI MAKAN PESAKIT YANG TERLANTAR
Gambar sebelah kiri adalah gambar penyukat cecair semasa hendak mengambil sukatan 15ML Lactul. Dan picagari besar diguna untuk masukkan susu serta bahan-bahan lain.

KESIMPULAN 

Melalui teknik ini maka  anda dapat memberikan makanan yang mencukupi kepada pesakit yang terlantar tanpa risau mereka tidak memperolehi makanan yang mencukupi.

KOS-KOS bulanan yang harus anda sediakan setiap bulan untuk pemakanan pesakit terlantar :

Tube Makanan/Urine: RM400
Enercal : RM195
Ural: RM70
Laktul : RM10 

Total kos bulanan pemakanan pesakit terlantar ialah : RM675 ialah kos anda suka tak suka. Ini belum campur kos pamper semasa mandi.

Inilah penerangan lengkap kami semasa kami menjaga ibu kami. Jika anda merasakan artikel ini berguna. titip Al- Fatihah kepada ibu saya Hanifah Binti Harun semoga beliau dikalangan orang-orang yang beriman.


PENGGUNAAN TUBE ELAKKAN STRESS PADA ANDA

Kos yang tinggi sudah tentu melibatkan penggunaan tube makanan /urin. Mungkin harga yang saya letakkan ini agak tinggi kerana pemasangan dan pembelian dilakukan oleh jururawat terlatih. Kita mana ler tahu nak pasang.

Namun ianya adalah opsyen tetapi kenapa saya menggalakkan anda menggunakan ini ialah untuk memudahkan penjagaan anda. Bukan mudah menjaga pesakit terlantar dan melayan karenah mereka. 

Apatah lagi jika orang tua kita, dalam sebulan atau 3 bulan mungkin anda mampu menjaganya tetapi jika ia berlanjutan dan pada masa itu anda mempunyai masalah di tempat kerja /peribadi, takut anda termarah pada mereka atau terlupa memberi makan atau bersihkan pamper mereka. 

Kita tiada niat nak marah tetapi ianya spontan berlaku dan untuk mengelakkan ini jika anda kemampuan gunakan tube ini. Ia akan banyak membantu anda.

Pamper anda tukar jika pesakit terlantar membuang air besar sahaja. Jika tidak tiap-tiap hari kena tukar dan lap punggung mereka. Air kencing kan tajam dan boleh lukakan punggung.

Memberi makan melalui mulut yang dahulu mengambil masa yang lama malah tak mencukupi,  telah dipendekan kepada 5 minit sahaja jika anda dah mahir.

Catat Ulasan

0 Ulasan