KESAN KENAIKAN OPR 2%

KESAN KENAIKAN OPR 2%

Sebentar tadi, Bank Negara umumkan kenaikkan OPR sebanyak 25 points ke 2.0%.

Biar kami jelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

1. Apa makna kenaikan ni sebenarnya?

Bila OPR naik, automatik bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank akan naik.

Bila OPR naik, kelayakan untuk buat pinjaman baru dengan pihak bank akan diperketatkan.

Bila OPR naik, jumlah bayaran semula untuk pembelian rumah / kereta / pinjaman peribadi yang baharu juga akan naik.

Bila OPR naik, ia memberi isyarat keadaan ekonomi negara makin memulih - buat pertama kali selepas pandemik.

2. Kenapa nak naikkan OPR? Tak kesian ke pada rakyat?

Sebagai makluman, since pandemik, BNM dah turunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% in the last 4 years.

OPR diturunkan time pandemik kerana nak lebihan wang yang rakyat ada itu digunakan untuk menggerakkan ekonomi di peringkat bawah. (Bottoms Up)

Bila rakyat bayar less kepada bank setiap bulan, duit lebihan tu dibelanjakan untuk hidupkan ekonomi dan perniagaan kecil rakyat - bantu peniaga SME, gerakkan gig economy.

Tapi, kerendahan OPR ini turut menyebabkan inflasi jadi tinggi, sebab semua orang “mampu” untuk berbelanja.

Dengan pasaran buruh asing yang tak cukup & global supply chain yang masih problem sampai hari ni, harga barang meroket.

Bila OPR rendah, semua barang naik harga - tapi rakyat masih mampu untuk afford bayar. That’s the root of inflation.

3. Kenaikan OPR perlu untuk menambahkan kekuatan matawang Ringgit Malaysia

Selain untuk bendung inflasi, kenaikan OPR secara tak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.

Since last month, ramai mengeluh kenapa nilai Ringgit jatuh teruk berbanding USD & SGD.

Reason wise, kerajaan US & SG masing-masing telah naikkan kadar imbuhan (interest rate) & perketat syarat pinjaman mereka sebelum kita buat benda sama.

Bila OPR (interest rate) naik, matawang dollar di luar US akan mengalir masuk balik ke US sebab faedah lebih tinggi.

Malah, matawang asing pun masuk ke bank-bank Amerika kerana interest rate mereka dinaikkan.

Bagi pelabur, lebih tinggi interest rate, lebih untung.

Lebih banyak juga matawang asing akan digunakan untuk ditukarkan kepada USD dan membeli bon-bon US; menjadikan matawang USD semakin “mahal.”

Jadi, Malaysia nak emulate benda sama dengan naikkan kadar OPR kita.

4. Adakah kenaikan OPR ini perlu?

If you have an economist mind, jujurnya ia sangat perlu.

BNM did the right thing untuk kurangkan impak inflasi & kukuhkan semula Ringgit.

Kenaikan ini dilihat agak awal, tapi kadar 25 mata ini adalah value yang tepat.

Slowly, value OPR ini akan dinaikkan stage by stage dalam tahun ni, menandakan ekonomi kita yang semakin memulih.

Ia juga sebagai signal yang kita mengajak pelabur asing masuk ke Malaysia, sebab interest rate kita bagus untuk bagi keuntungan untuk mereka.

So, yeah. Tu jelah. Diharapkan korang faham why BNM terpaksa naikkan BLR ke 2%.

It’s an unpopular decision, but it had to be done.

Yang penting sekarang, korang check balik perbelanjaan bulanan korang tu. Jangan boros.

Check balik dengan bank, berapa ansuran bulanan untuk pinjaman korang yang kena bayar.

Kalau ada parents yang dah tua, tanya khabar mereka. Takut mereka tak sedar pasal kenaikan bayaran ni.

Jangan terkurang bayar, nanti tak pasal-pasal rosak CTOS korang.

Boleh share artikel ni pada member & family korang if bermanfaat.

Apa pandangan korang tentang pengumuman BNM ni?

Catat Ulasan

0 Ulasan