Tahniah Hanis Binti Hanif Ke UTM

Tahniah Hanis Binti Hanif Ke UTM


Syukur alhamdulilah, anak dara melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai dengan pengajian Kejuruteraan Nuklear.

Jangan tanya aku, apakah bendenya Kejuteraan Nuklear. Aku pun tak tahu sebab abah kau ni ijazah sains sosial..ahaks.

Selayaknya kerja-kerja admin dan jadi supervisor jer. Bab sains ni bahagian mereka yang mahir.

Tak sangka ada keturunan aku minat sains-sains ni  Aku bab sains waktu kat sekolah, tahap dewa tu kalau kau sukses..ahaks.


Abah doakan agar Hanis berjaya dan terus berjaya mencapai apa yang Hanis inginkan.


Dalam dunia ni semuanya bukan mustahil jika kita usaha. Dan abah lambat menyedarinya dan abah masih mengejar impian abah dan  untuk Hanis abah harap jangan sesekali putus asa dalam mengejar impian Hanis.

Ya, Hanis akan mengalami pelbagai rintangan dan halangan. Namun itulah resepi kejayaan. Bukan mudah mahu berjaya dan jika ia mudah sudah ramai orang di dunia ini kaya raya dan tidak berhempas pulas dalam hidup mereka.

Lupakan mulut orang yang memberi negative thinking pada Hanis. Anggap mulut-mulut tu sebagai pati perjuangan untuk lebih berjaya.

Dan jangan lupa enjoy your life di universiti. Jangan asik terperok jer dalam  bilik tu. Universiti adalah once in your life dan harunginya dengan gembira dan pada masa sama terus mengejar impian.

Kegagalan adalah penunda kejayaan dan ia pasti akan menjelma pada orang yang terus berusaha kuat.

Abah dan mama sentiasa sokong Hanis. Hanis rasanya cukup memahami abah iaitu insan yang tidak menunjukkan emosinya tapi dalam hati abah amat bangga.

Tak paham menunjukkan  emosi dan ego sebagai seorang abah...hahaha. Susah jadi abah ni..kena tegas selalu dan tak boleh tunjuk kelemahan dengan anak.

Sebab itu abah lebih suka menulis meluahkan perasaan abah.  Dan abah luahkan pada ketika ni..I Love You and Proud For You.

Jangan lupa sembahyang yek. Ikut nasihat mama.

Dan orientation ni, biasalah abg dan kakak senior akan tunjuk garang. Tahun depan tugas Hanis pula sebagai senior...Itu normal.

Akhirnya mereka tu yang akan jaga Hanis dan rapat dengan Hanis. 

Jangan sombong dengan professor sebab mereka. Hanis mendapat ilmu. 

Sebelum abah membebel. Selamat berjaya dan terus berusaha. 





Lupa plak. Jangan lupa selalu telepon mama dan mak uda dan acik kat kampung tu.

Dia orang semua tu panik type... kau telepon..kecoh satu kampung..ahaks.

Catat Ulasan

0 Ulasan