Aku mengalami mimpi ngeri selama 3 bulan dimana kereta Proton Saga FLX aku terhenjut-henjut atau semput.
Simptom yang diberikan oleh Saga FLX ini ialah nak start pagi susah.
Setiap kali kereta ni berhenti di lampu trafik light ia akan terhenjut-henjut atau bergegar macam enjin nak mati.
Kalau kau keluar simpang, tekan minyak tak cukup. Enjin akan mati dan inilah aku paling takut.
Buat ada kereta lain. Masak aku kena langgar dan lainpun akuntak boleh pecut minyak kalau keluar simpang. Pun bahaya jugak
Tetapi kalau bawa laju tiada masalah pula.
Melalui pembacaan You Tube banyak sangat faktor dan lebih baik aku refer pada pakar iaitu mekanik...
Seperti biasa aku bawa ke pomen dan setiap kali ke mekanik. Kereta aku tak buat hal. Cantik jer jalan tanpa terhenjut-henjut.
Rasanya sudah 4 orang mekanik aku dah bawa kereta aku ni tapi kereta aku tak ada kes terhenjut-henjut. Sajer jer kereta ni nak mainkan aku.
Tapi setiap kali aku pergi ke mekanik aku akan minta mereka tukarkan barang yang aku suspek buat kereta aku terhenjut-henjut atau semput melalui pembacaan di You Tube.
Apa yang aku buat:
1. Tukar plug
2. Tukar Coil
3. Cuci Throttle.
4. Check komputer semua okei.
Tapi masih lagi problem dan tempoh hari aku dah stress dan ambil keputusan nak buat top overhaul sahaja kereta aku ni.
Maka aku pun pergi ler ke pomen seterusnya dan tanya berapa kos buat top overhaul.
Pada pendapat aku mungkin ada alat mekanikal lain punca kereta aku ni problem seperti mounting kereta aku dah haus dan kereta bergegar menyebab ada sensor problem.
Atau timing belt dah haus. Atau head enjin dah penuh karbon atau bocor hingga pembakaran tak sempurna.
Mekanik tu marah aku kenapa nak top overhaul. Aku kata kereta terhenjut-henjut atau semput.
Lalu dia bawa ler kereta Saga FLX aku dan masa dia bawa, kereta aku terkena henjut-henjut ni.
Melalui pemeriksaan pomen tu ia kata ada 2 sebab iaitu minyak gear box leaking atau oil pump aku problem.
Setelah melalui pmeriksaan, ia cadang aku tukar oil pump. Untuk pengetahuan oil pump Saga FLX terletak dibawah kusyen belakang.
Tapi dia tak Jamie. Aku kata tukau jer. Sebab aku nak selesaikan masalah ni.
Dan setelah tukar. Kereta aku terus okei dan masuk hari dah 7 hari aku bawa dengan senyuman.
Kesimpulan.
STRESS kalau kau tak tahu apa penyebab kereta problem. Dalam kes aku ni rupanya oil pump sahaja yang problem dimana ia tak rosak tetapi kadangkala ia datang giler ia OK dan tiba-tiba tak OK.
Itu yang susah nak cari masalah sebenar. Thanks to uncle pomen tu.
Top overhaul nasib baik tak buat...ahaks.
0 Ulasan