MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) @ Pinjaman Bercagar KWSP patuh Syariah Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang ditawarkan oleh MBSB Bank ini.
Pengenalan FSA2 KWSP (Fasiliti Sokongan Akaun 2 @ Pinjaman Bercagar)
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Apakah Ihsan-i MBSB?
Kemudahan Ihsan-i yang disediakan oleh MBSB Bank ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.
Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan saja.
KONSEP
Ahli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.
Apabila tiba usia mereka antara 50 hingga 55 tahun yang melayakkan mereka mengeluarkan caruman dari Akaun 2 KWSP, ahli boleh membuat permohonan pengeluaran dan menyelesaikan baki pembiayaan mereka kepada bank.
KELEBIHAN
- Ihsan-i oleh MBSB Bank adalah berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq.
- Kadar keuntungan pinjaman KWSP oleh MBSB Bank yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
- Pemberian rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.
Semakan Kelayakan
Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi FSA2 ini, sila ikuti langkah berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu*
- Semak kelayakan di i-Akaun
- Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)
Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini atau rujuk artikel berikut: FSA2 – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (Pinjaman Cagaran KWSP)
Tarikh Permohonan
Permohonan Ihsan-i FSA2 KWSP oleh MBSB Bank akan dibuka secara online mulai 7 April 2023 menerusi laman web rasmi MBSB Bank.
Cara Permohonan Ihsan-i MBSB
Sila layari pautan https://www.mbsbbank.com/ untuk memohon.
Walau bagaimanapun, amaun bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.
Maklumat Lanjut Ihsan-i MBSB
Maklumat berkaitan jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan akan dipaparkan dalam laman web MBSB.
Untuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch
TERKINI Ihsan-i MBSB
Anda kini sudah boleh membuat permohonan Ihsan-i dan prosesnya amat mudah sekali. Buat masa sekarang ia dibuka kepada mereka yang berumur 40 54 tahun
Klik pada pautan https://www.mbsbbank.com/ untuk memohon.
0 Ulasan