SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2023 dari kami keluarga kecil Hanif Bin Idrus kepada semua rakan-rakan kami.
Tahun ini adalah tahun pertama saya merayakan Hari Raya 2023 ini tanpa ibu disisi. Kelainan rasanya kali ini kerana malam raya pertama berada di rumah Mak Mertua.
Sudah 20 tahun selepas berkahwin, kebiasannya malam raya adalah di rumah mak dan esoknya ke Umbai iaitu Rumah Mak Mertua dan dalam pukul 1000am kami pergi semula ke rumah mak saya sampai petang.
Dan kali ini terasa macam lain...sebab itu dalam 2 hari ini saya asik pulang ke rumah lama ibu dan mengemas serta lepak d sana kerana kebiasaan atau rutin raya kali ini agak berbeza dan mencuba untuk menyesuaikan diri.
1 Syawal 2023 Allah Menjemput Ibuku
Namun life must go on, dan hati yang kesunyian ni biarlah saya pendam dan tahun ini tiada ibu yang membebel suruh cuci simen rumah, lap rumah. Dan apabila ibu tiada rindi dengan bebelannya dan sepanjang 2 hari ini rumah banda hilir atau rumah ibu saya telah siap berkilau saya bersihkan walau pun tiada sesiapa disana.
Akhir kata, Selamat Hari Raya 2023 dan mmaf zahir dan batin yek
0 Ulasan