Lazada kini dilihat terus mengoptimasikan operasi mereka dan mengurangkan kadar perbelanjaan. Selari dengannya, mereka telah memulakan tahun 2024 dengan mengurangkan tenaga kerja mereka di sejumlah pasaran, termasuk di Malaysia.
Mengikut laporan TheEdge, satu perlima dari tenaga kerja Lazada di Malaysia telah dibuang, iaitu sekitar 20% tenaga kerja syarikat berkenaan. Mengikut laporan sama, CEO Lazada Malaysia turut dikatakan telah dibuang.
Selain Malaysia, sejumlah pasaran lain turut terkesan, dimana Lazada turut telah menamatkan LazMall di Vietnam. Pembuangan ini boleh dikatakan agak mengejutkan ramai, memandangkan Lazada baru sahaja menerima suntikan pelaburan baru Alibaba pada Disember 2023 lepas, berjumlah RM3 bilion.
KENAPA INI BERLAKU?
Arena edagang boleh dikatakan agak mencabar dalam mengekalkan pengguna kekal setia dengan mereka. Pada hari ini sendiri, selain Lazada, pihak Shopee juga menerima saingan sengit oleh TikTok yang dilihat menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.
Boleh dikatakan Lazada bukan sahaja bersaing dengan Shopee iaitu mush kettle utama mereka tetapi juga Tik Tok yang menambahkan saingan marketplace semakin mencabar.
PAMPASAN TIDAK SEIMBANG
Namun yang menjadi kemarahan pekerja Lazada ialah tindakan terburu-buru Lazada membuang pekerja mereka.
Pekerja Lazada di Singapura diberhentikan diberitahu mereka akan menerima gaji dua minggu untuk setiap tahun perkhidmatan. FDAWU mendapati tawaran ini tidak memuaskan. Kementerian Sumber Manusia (MOM) terpaksa campurtangan memudahkan rundingan.
Saya tak tahu berapa pampasan pekerja Lazada di Malaysia perolehi. Adakah setara dengan perkhidmatan yang diberikan. Saya malu melihat sebuah syarikat besar hanya mampu memebri 2 minggu gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
0 Ulasan