Tiada Lagi Pencen Untuk Kakitangan Kerajaan

Tiada Lagi Pencen Untuk Kakitangan Kerajaan

Tiada Lagi Pencen Untuk Kakitangan Kerajaan


Kecoh dimedia sosial tentang pemansuhan sistem pencen penjawat awam baru yang akan datang. Dimana pengambilan penjawat awam yang baru , mereka tidak layak lagi menerima sistem pencen.


Banyak pro dan kontra yang saya dengar dan bagi saya ialah pandangan masing-masing dan untuk saya, saya menyokong pembatalan sistem pencen ini untuk tidak  membebankan kerajaan.


KELEMAHAN SISTEM PENCEN

Berita sedih buat penjawat awam baru pada masa akan datang tidak lagi menikmati skim pencen dan pada dasarnya saya juga tidak menyokong sistem pencen ini kerana:


  • Ketidakcukupan pendapatan pencen akibat inflasi dan peningkatan jangka hayat
  • Pelaburan dana pencen yang berisiko dan kurang menguntungkan
  • Perubahan demografi: penurunan kadar kelahiran, pertambahan populasi warga emas
  • Sistem pay-as-you-go menimbulkan beban pada pekerja masa kini untuk menyokong pesara
  • Potensi tekanan fiskal pada kerajaan


KELEBIHAN SISTEM PENCEN

Namun saya juga melihat  dari segi kepentingan diri, sistem pencen ini akan membantu seperti:

  • Memberi jaminan pendapatan kepada individu selepas bersara
  • Mengurangkan beban kewangan keluarga dalam menyediakan sokongan kepada warga emas
  • Meningkatkan kualiti hidup pesara dengan menawarkan keselamatan sosial
  • Mendorong tabungan jangka panjang dan pengurusan kewangan yang bertanggungjawab
  • Dapat menyediakan perlindungan terhadap risiko kemiskinan di kalangan warga emas
  • Sistem yang teratur memberi kesempatan kepada pesara untuk merancang masa depan mereka dengan lebih baik


TINDAKAN SEBELUM MEMANSUHKAN SISTEM PENCEN

Kecilnya gaji minimum pegawai yek

Tangga Gaji Minimum

Saya bersetuu sistem pencen dihapuskan untuk meringankan beban pekerja kerajaan tetapi kerajaan harus melihat tangga gaji minimum yang diberikan harus sama seperti pihak swasta.


Dahulu orang sanggup bekerja sebagai penjawat awam walaupun gaji mereka kecil kerana mengejar sistem pencen di hari tua, Mereka tidak mahu pening kepala masih bekerja walaupun sudah tua, Sistem pencen adalah pilihan mereka walaupun gaji kecil.


Kesannya nanti ramai tidak mahu lagi bekerja di sektor awam disebabkan tiada pencen dan gaji rendah. 


Hak Warga Emas

Apabila sistem pencen dimansuhkan, dijangka ramai warga emas akan kehilangan sumber pendapatan bulanan dan ini adalah pandemik kepada kerajaan menanggung ramai warga  emas ini.

Bayangkan gaji penjawat awam biasa sebulan maksimum RM2000. Jika anda hendak mengumpul RM300,000 di KWSP sehingga bersara, belum tentu anda akan dapat.


JIka dilihat pun, trend terkini ramai warga emas pekerja swasta mengambil wang bulanan dari Jabatan Kebajikan dan sudah tentu jumlah ini akan bertambah dengan kemasukan ahli baru dari penjawat awam.



PENERANGAN PENUH PEMBATALAN SISTEM PENCEN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, satu pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).


Beliau berkata, bagi penjawat awam tetap sedia ada, status berpencen mereka tidak pun terjejas, sementara penjawat awam baru itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


"Apa yang sudah dibincangkan dalam Kebinet tadi, bahawa terdapat kekeliruan daripada kenyataan bahawa jawatan atas pengambilan baru kerajaan adalah perjawatan kontrak. Ia tidak bermaksud begitu.


"(Tapi) kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baru pengambilan secara tetap tapi tidak berpencen. Iaitu mereka akan mencarum kepada KWSP dan kerajaan akan memberikan sumbangan sebagaimana lazim dilakukan kepada kakitangan swasta.


"Mana-mana yang layak, juga diberikan sumbangan Perkeso. Sebab itu langkah jangka panjangnya, penjawat awam yang baharu akan diambil cara begitu. Tapi yang sedia ada sekarang masih diteruskan, tetap dan berpencen. Saya ingin jelaskan, itu yang baru saja (tiada pencen)," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) di sini hari ini.


Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, jumlahnya akan mencecah RM120 bilion setahun.


"Tentunya ini akan memberikan bebanan jangka panjang kepada kerajaan khususnya Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) apabila portfolionya besar kemungkinan tidak mampu untuk membuat pelaburan bagi memberikan dividen atau pulangan sepatutnya," katanya.


Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baru kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.


Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.




Catat Ulasan

0 Ulasan