Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah, yang mana ia perlu dibuka sepanjang sekolah beroperasi.
“Perkara ini boleh berlaku secara harmoni tanpa perlu ada arahan supaya kantin dibuka ketika para pelajar berada dalam bulan Ramadan. Bukan bermaksud kita menghalang pelajar bukan Islam untuk makan di siang hari, cuma ia juga satu bentuk didikan supaya mereka menghormati bulan Ramadan sejak di alam persekolahan.
“Mereka boleh hadir ke sekolah dengan bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan. Itu sudah memadai tanpa perlu arahan agar kantin dibuka yang dilihat agak keterlaluan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook DUPP hari ini.
Ironinya, tambah Ahmad, DUPP melihat menteri sendiri gopoh dalam mengeluarkan arahan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan para pelajar Muslim yang harus diasuh untuk berpuasa sejak daripada kecil
PERTELINGKAHAN KEANAK-ANAKAN
Saya melihat pertelingkahan ini adalah satu pertelingakahan keanak-anakan. Dimana Islam telah lama bertapak di Malaysia sebagai agama rasmi dan sekolah di Malaysia bukan setahun dua menghadapi persekolahan semasa bulan Puasa.
Dan pertelingkahan ini sekalii lagi lagi saya melihat apabila unsur polituk dimasukkan kedalam situasi ini maka ia telah lari dari topik sebenar, Pendapat Menteri Pendidikan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat ini kedua-duanya benar belaka cuma telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak.
PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH TIDAK BODOH
Perkara sedemikian biarlah pihak sekolah yang menguruskannya. Pengetua atau Guru Besar sekolah ini bukannya bodoh. Mereka tahu apa nak buat.
Selama beberapa tahun pihak sekolah menghadapi persekolahan dalam bulan Ramadan ini takkan baru tahun ini kecoh pasal kantin pula. Sebelum ini macam mana pula, Pihak sekolah akan memikirkan nak buka atau nak tutup.
Selain itu apa fungsi PIBG sekolah yang merupakan jambatan penghubung pihak sekolah dan ibubapa. Bawa usul ini ke mesyuarat PIBG berkenaan kantin ni.
Dan pada zaman moden ini dengan generasi A yang kuat memberontak dan ibubapa yang asik menangkan anak. Adakah anda rasa pihak pengurusan sekolah akan membuat perkara bodoh dalam menyelesaikan masalah kantin di bula puasa ini.
KANTIN DIBUKA PADA BULAN RAMADHAN
Katakan dalam sekolah tersebut terdapat 20% pelajar bukan Islam dan selebihnya pelajar sekolah, sudah tentu kantin patut dibuka tetapi bagaimana untuk memastikan pelajar tersebut menghormati bulan Ramadhan ialah pihak sekolah menyediakan lokasi makan yang tertutup.
Pihak sekolah juga harus berbincang dengan pihak kantin, bagaimana untuk memastikan pihak kantin tidak rugi kerana menyediakan makanan yang berjumlah kecil sudah harganya agak mahal dan pihak mungkin akan sediakan tambahan subsidi.
Saya bersekolah di bandar hilir Melaka dan kadar pelajar bukan islam dan Islam hampir sama banyak. Bulan puasa kantin kami dibuka dan pelajar pun makan dalam bilik makan guru yang disediakan, Itu perkara biasa ler,
KANTIN DITUTUP PADA BULAN RAMADHAN
ATAU pihak sekolah mengeluarkan memo meminta pandangan ibubapa bukan muslim bahawa kantin akan tutup sepanjang bulan Ramadhan. Mereka boleh katakan, pihak kantin tidak mampu beroperasi dengan jumlah pelajar bukan muslim yang sedikit dan ia akan merugikan pihak kantin.
Atau semasa mesyuarat PIBG keluarkan usul kantin harus dibuka pada waktu bulan Ramadan atau tidak.
Maklumat ini mudah diberitahu kerana semua kelas sekarang mempunyai telegram kelas dan maklumat ini boleh disampaikan dengan mudah.
Dan ibubapa bukan muslim ini bolehlah buat persediaan awal menyediakan makanan untuk anak mereka . Hanya satu bulan sahajakan takkan tak bolehkan. Pihak sekolah sediakan lokasi untuk mereka semua ini.
PELAJAR /GURU MUSLIM TIDAK BOLEH BERPUASA
SELAIN itu kita perlu ingat ada pelajar muslim atau guru yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan disebabkan masalah kesihatan harus diambil kira dalam pertelingkahan ini .
Masalah kantin tidak dibuka ini pada bulan puasa juga melibatkan golongan ini. Bukan sahaja golongan bukan muslim.
Ada dua cara atasi masalah ini ialah perkara diatas yang telah kita bincangkan.
KESIMPULAN
- 1. Berikan peluang pada Pengetua dan Guru Besar yang lebih mahir dalam perkara ini.
- 2. Jangan kecilkan pembukaan kantin ini melibatkan bukan muslim sahaja tetapi ada pelajar/ guru muslim yang seperti saya katakan tidak boleh berpuasa.
- 3. Atasi masalah ini gunakan PIBG sebagai jambatan antara pihak sekolah dan ibubapa
- 4. Jangan komplek kan perkara tidak kompleks.
0 Ulasan