PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELAKA 2024

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELAKA 2024

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELAKA 2024


 Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.


Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.


Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2024 Di Melaka

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.


Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.



Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah berbincang dan bersetuju mengenai Penetapan Kadar Zakat Fitrah di Negeri Melaka Pada Tahun 1445 H / 2024 M DIKEKALKAN dengan tiga kadar iaitu RM7.00; RM14.00 dan RM21.00.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1445H / 2024 bagi negeri Melaka mengikut kadar beras yang dimakan.



  • RM7.00 – Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
  • RM 14.00 – Beras Super Import (Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Poni, Beras Wangi, Beras Jepun & Beras Merah)
  • RM21.00 – Beras Basmathi


zakat fitrah melaka 2024

Setiap kadar ada penjelasan tentang jenis beras yang dimakan oleh individu itu sendiri.

Sila rujuk penjelasan melalui infografik di bawah:

zakat fitrah melaka 2024

Cara Bayaran Zakat Fitrah Melaka 2024

Bagi tahun 2024 ini, Zakat Melaka menyediakan 4 saluran pembayaran ZAKAT FITRAH:


  1. Amil Fitrah
  2. Kaunter-kaunter Zakat Melaka di seluruh daerah/cawangan
  3. Kaunter Bergerak (semasa ke semasa)
  4. Dalam talian (ONLINE) – https://www.izakat.com

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk media sosial Zakat Melaka di :





Catat Ulasan

0 Ulasan