SEJARAH SUKAN KOMANWEL

SEJARAH SUKAN KOMANWEL

SEJARAH SUKAN KOMANWEL


Sukan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). olak jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026


Malaysia Tolak jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026


Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga tahun 1974.

Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring.


SEJARAH SUKAN KOMANWEL

Sukan Komanwel mula dipromosikan oleh Reverend Astley Cooper tahun 1891 untuk Empayar British sahaja. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.

Tahun 1911 Perayaan Empayar British telah dijalankan di London untuk meraikan pertabalan King George - United Kingdom. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.

Tahun 1928, Melville Marks (Bobby) Robinson dari Canada mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Canada pada tahun 1930 buat pertama kalinya.

11 negara dengan 400 atlet menyertai Sukan Komanwel pertama itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .

Sejak itu diadakan 4 tahun sekali kecuali 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan kejohanan dunia dipengaruhi faktor geografi, tetapi Sukan Komanwel wujud oleh faktor sejarah. Sukan Asia, Pan Am, Sukan Afrika dan Sukan Musim Sejuk dipengaruhi oleh faktor geografi.

Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan