Menghantar anak ke sekolah menaiki motosikal tetapi anak tidak memakai topi keledar. Sebaliknya ibu bapa yang memakai topi keledar.
Ini adalah satu pemandangan yang normal di Malaysia khususnya Melaka setiap kali anda lalui kawasan persekolahan.
Namun adakah kita mahu budaya ini menjadi normalisasi dikalangan rakyat Malaysia. Adakah kita mahu hingga berlaku kemalangan baru tindakan akan diambil.
Budaya sebegini bukanlah datu budaya yang sihat malah ia melanggar peraturan undang-undang Malaysia.
Adakah budaya melebihi kekuatan undang-undang?
Namun saya fahami apabila sesuatu perkara tersebut telah menjadi normalisasi maka apabila tindakan dilakukan akan menyebabkan kekecohan dan pihak yang harus mengambil tindakan ini adalah pihak polis.
Dan bayangkan jika pihak polis membuat sekatan berhampiran sekolah dan mendapati begitu ramai ibubapa tidak ikuti undang-undang dan pada pendapat saya. Untuk pihak polis menguruskan perkara I I agak bahaya dan boleh dipolitikkan.
Saya mencadangkan agar pengumuman awal dilakukan dahulu kepada semua pihak bahawa penguatkuasaan pihak polis di sekolah akan dilakukan.
0 Ulasan