GENTING HIGHLAND TERBAKAR

GENTING HIGHLAND TERBAKAR

 



Kebakaran di pusat beli belah SkyAvenue, Resorts Genting World di Genting Highlands, Pahang, dekat sini berjaya dipadamkan sepenuhya pada jam 7.15 malam tadi.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan pihak Genting Malaysia Berhad menerusi satu kenyataan yang dikongsikan syarikat itu, sebentar tadi.

Katanya, semasa kebakaran, semua pengunjung yang berada di pusat belah itu ketika kejadian berjaya dipindahkan dengan selamat.

"Kebakaran di SkyAvenue, Resorts World Genting telah dipadamkan kira-kira jam 7.15 malam tadi dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sudah memberi kebenaran untuk SkyAvenue dibuka semula kepada umum.

"Sebilangan besar kedai di SkyAvenue akan kekal dibuka, kecuali beberapa unit kedai yang berada berhampiran kawasan yang terjejas, akan ditutup buat sementara," katanya.

Dalam pada itu, katanya, konsert 'Best of Chen Lei Hits 2024' di Arena of Stars akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Difahamkan, konsert penyanyi Taiwan itu akan berlangsung pada jam 6 petang esok.

Selain itu, katanya kebakaran itu tidak menjejaskan operasi taman tema di pusat peranginan itu seperti Genting SkyWorlds dan Skytropolis, serta beberapa lokasi tarikan lain dengan kesemuanya akan beroperasi seperti biasa.

"Awana SkyWay juga akan beroperasi seperti yang dijadualkan," katanya.

GENTING HIGHLAND TERBAKAR


Catat Ulasan

0 Ulasan