Tempoh hari secara spesifik pada bulan July 2024 saya ada melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar SPM ini dimana beliau mendapat 3A tetapi gagal perakauan dan dapat D di Matematik.
Amat mendukacitakan walaupun mendapat 3 A tetapi gagal 100% pada perakaunan dan D matematik bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Kerana tugas mereka hanyalah belajar dan malah ada yang mendapat tuisyen samada fizikal atau online.
Tetapi masih ada yang degil dan tidak mahu belajar dan membuang masa dengan telefon bimbit sahaja. Mereka degi sebab mereka tidak tahu kepentingan ilmu dan kesannya pada mereka nanti.
TIADA KAWALAN KENDIRI
Kebiasaannya, pelajar utamakan benda yang buat mereka gembira
Lihat pada pengalaman aku semasa Tingkatan Lima, aku melihat mereka tidak tahu bagaimana dunia ini berjalan. Memang semua pelajar mahukan kejayaan dan mempunyai cita-cita tetapi tidak mahu mengejarnya dan leka menumpu pada perkara lain .
Pada zaman aku, aku mempunyai motor dan bila ada motor rakan cukup ramai tetapi rakan belajar memang tak der, Bila ramai rakan maka diri rasa best sangat dan pelajaran bukanlah sesuatu yang perlu di tumpukan. Minat lebih kepada motor.
Pada zaman kini lagi hebat dimana anda mempunyai motor dan juga telefon bimbit. Satu kombinasi yang menghancurkan jika tidak pandai mengawalnya.
Dan sebagai remaja anda akan gagal mengawal diri anda dengan menfokuskan diri anda pada benda yang salah bukannya pelajaran, Siapa yang tidak mempunyai cita-cita mahu berjaya tetapi kegagalan mengawal diri anda akan membunuh anda.
Suka tak suka anda harus membuat jadual pembelajaran dan masa terluang anda ikuti jadual tersebut.
TAK TAHU NILAI MASA
Kenapa anda tidak "all out" diri anda dalam masa 4 bulan ini. 4 bulan adalah masa yang pendek. Celik mata dah 4 bulan. Dalam masa itu anda belajar betul-betul dan menjadi yang terbaik
Selepas peperiksaan SPM buatlah apa yang anda minati. Nak main game dari pagi ke malam, tiada siapa yang marah. Kenapa masih berdegil.
4 bulan anda masih mampu untuk mengejar apa yang anda tertinggal tetapi ia memerlukan usaha yang cukup kuat dari anda,
DUNIA INI KEJAM DIK
Anda masih muda dan belum mengenali dunia di luar ini . Dunia ini kejam dik dan mereka yang tak pandai akan kekal di bawah dan ditekan oleh mereka yang memupunyai pangkat dan kuasa.
Bayangkan anda gagal SPM dan anda kerja kilang sebagai operator dengan gaji RM1500. Untuk umur anda gaji ini memang tinggi tetapi dalam jangka panjang ia tidak mencukupi.
Anda adalah hireaki terbawah dan harus mengikut arahan leader, Asst Sup dan Sup. Ini bermakna anda melakukan kerja yang terbanyak dan percayalah ramai tidak menghargai anda.
Jika anda kerja hebat macam mana pun, boss nak naikkan pangkat harus punyai keperluan asas seperti nak jadi Sup mesti mempunyai ijazah atau diploma.
Akhirnya apabila umur anda mencapai 30an, anda naik pangkat menjadi leader tetapi pada masa yang sama ada budak baru umur 24 tahun dah jadi engineer atau Sup. Time itu anda akan kesal!!!
BELAJAR TINGGI BUKAN ADA KERJA
Ilmu beb!! Imlu yang membezakan anda dari orang lain. Dan kedua ialah pergaulan anda dengan hireaki masyarakat yang berbeza.
Dimana jika anda berkawan dengan rakan di Universiti maka cara pemikiran anda sudah tntu berbeza. Ini perbezaannya.
98% termasuk saya apa yang saya belajar di Universiti tidak akan memperolehi pekerjaan yang kami belajar tetapi pengalaman serta ijazah yang kami terima membuka peluang kami mencuba pelbagai pekerjaan.
Bayangkan jika anda hanya mempunyai SPM, apakah peluang pekerjaan yang menanti anda. Nak jadi engineer atai nak jadi Sup memang tak layak ler.
NAK JADI INFLUENCER ATAU E GAMER
Sebenarnya saya tidak menghalang malah menggalakkan anda jika mahu menjadi influencer atau E Gamer tetapi apa salahnya kalau pada masa yang sama anda belajar dan membina cita-cita anda.
Sebagai contoh anda mahu menjadi E Gamer dan apa salahnya kalau anda mengambil jurusan IT atau graphic designer. Maka anda mempunyai kelebihan dalam mengejar cita-cita anda.
Kenapa ini tidak berlaku kerana berbalik pada sebab kat atas iaitu tiada kawalan kendiri dan melakukkan apa yang mengembirakan anda.
ANDA BELUM MATANG
Bila anda remaja sebenarnya anda berani dan suak meluahkan anda yang anda fikirkan kepada umum. Tetapi sebenarnya anda masih belum matang dalam dunia sebenarnya.
Dapatkan nasihat dari mereka yag lebih tua dan anda percaya. Lihat suasana sekeliling diri anda apa yang terjadi pada mereka yang tidak belajar.Jangan lihat mereka yang berjaya tetapi lihat pada mereka yang tidak berjaya.
Kesimpulan
Nasihat ini mungkin tidak berguna pada anda kerana saya tahu jiwa remaja ini suak memberontak dan nasihat mungkin tidak akan berjaya terutama dari ibubapa anda.
Namun berdasarkan pengalaman hidup saya ini.Anda akan menyesal satu hari nanti jika anda mengikut rasa hati bukanya berdasarkan ilmu dan data.
0 Ulasan