TANDA AWAL STROKE

TANDA AWAL STROKE

*PENTING...*

*Tanda² kedatangan STROKE*

Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si isteri meyakinkan semua orang, bahawa dia baik² saja, hanya tersandung batu kerana kekok dengan kasut barunya.

Si isteri dan suami tetap hadir di majlis keraian itu sepanjang malam.
Beberapa waktu kemudian, suaminya menelefon, bahawa isterinya dibawa ke hospital dan sekitar jam 6 pagi telah meninggal dunia.

Si isteri terkena serangan stroke ketika di majlis keraian tersebut.

Kalau di antara mereka ada yang tahu bagaimana mengenali orang yang diserang stroke, kemungkinan si isteri masih boleh hidup.

Seorang pakar neurologi menyatakan, bahawa penderita stroke *dalam 3 jam yang pertama* serangan, dapat sembuh sepenuhnya jika dengan cepat dapat mengenali gejala, mendiagnos & membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan *sesegera mungkin. Jangan lewat dari 3 jam, kerana akan mengakibatkan kerosakan kekal.*

*CARA MENGENALI SERANGAN STROKE*

Menghafal *S - B - A* :

Para doktor menyatakan orang terdekat dengan si penderita dapat mengenali stroke dengan menanyakan 3 pertanyaan sederhana.
Ingat 3 Langkah *S-B-A*
iaitu :

• *S: Senyum*
Minta penderita untuk tersenyum.
Kalau pipi dia senget, maka ada kelumpuhan saraf, ini gejala stroke.

• *B-bicara*
Minta penderita untuk bercakap kalimat singkat, misalnya: Aku mahu minum atau apa saja.
Kalau percakapannya pelat, sukar difahami, ini gejala stroke.

• *A - Angkat 2 tangan*
Minta penderita untuk mengangkat kedua belah tangan.
Kalau tidak boleh mengangkat tangannya bererti ada kelumpuhan, ini sedang dalam proses berlakunya stroke.

*Jika ada salah satu gangguan yang nampak dalam melakukan SBA ini*, segera panggil ambulan & ceritakan keadaan ini kepada petugas.

*Cara lain untuk mengenali stroke*
adalah: Minta orang tersebut menjulurkan lidahnya.
Jika *"bengkok"* menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda dari gejala stroke.

Jika anda dapat mengirimkan Wassap ini kepada paling sedikit 10 orang, maka perkara ini mungkin sangat² membantu. Percayalah bantuan tak seberapa ini akan menyelamatkan nyawa seseorang.

Kita tidak tahu siapa diantara kita yg akan terkena stroke suatu hari nanti.

Wallahua'lam...

Catat Ulasan

0 Ulasan