Istilah dalam Nokia China - episod 1

Istilah dalam Nokia China - episod 1

Penggunaan Nokia China amat mudah jika kita memahami konsep-konsep asas. Jika tidak anda akan menghadapi kesukaran dalam "transfer file", dan dokumen tertentu.
Kelemahan ketara apabila anda membeli Nokia China ialah:
a) Internet surfing tak sesuai dengan sistem malaysia ( Lihat blog saya untuk atasi masalah ni)
b) MMS no function ( lihat blog saya terdahulu)
c) Gambar tak kemas..memang dalam camera tulis 5 megapixel tapi sebenarnya 2 megapixels.
Mari kita lihat perbezaan Nokia Cina dan Nokia original.

Contents dalam file managerNokia China file manager:
a) My Music - Ialah simpan kesemua music anda di sini.
b) Photos - Simpan gambar-gambar anda - dalam I-Phone tulis Picture
c) Videos - Simpan video2 anda
d) Received - Semua maklumat melalui bluetooth akan disimpan disini dahulu. ( Ini penting)
e) Games - Mainan games Java lerr

Nokia Original:
a) Sound clips - terbahagi 2 digital sound dan tones
b) Images -Simpan gambar-gambar anda
c) Video clips - Simpan video2 anda
d) Games -Mainan games Java lerr

Perbezaan aplikasi utama Nokia China ialah data dicari berdasarkan nama file. Sebagai contoh kalau anda simpan muzik di folder Photos. Apabila anda buka aplikasi Audio,muzik tidak boleh dimainkan..
Tetapi pada Nokia Original, ialah data di cari melalui extension file. Sebagai contoh jika muzik ia akan cari extension MP3. Jika anda buka aplikasi Audio anda boleh mainkan muzik kerana aplikasi itu akan cari muzik yang mempunyai extension tersebut walaupun anda letak dimana-mana file!!.
Itu perbezaan ketara Nokia China dan Nokia Original..oleh itu jangan sesekali ternama folder2 yang wajib dalam Nokia China.

Perbezaan utama kedua ialah jika anda bluetooth, Dalam Nokia China jika anda bluetooth secara automatik file anda akan diletak dalam folder Received. Dari folder received anda kena pindahkan folder yang sesuai. Jika muzik pindahkan ke folder "My Music". Cara memindahkanny apun ada caranya..gunakan move atau copy bila anda klik option di folder received.
Manakala Nokia Original, jika bluetooth semua maklumat akan disimpan di folder yang ditentukan mengikut extension file. Nak cari pun senang cuma pergi ke "Gallery", Tapi Nokia China anda terpaksa pergi ke file manager dan cari satu-satu.

Phonebook
Dalam Nokia China, phonebook atau contact di cari terus melalui sim card bukan  melalui phone itu sendiri. Jika anda tambah contact ia terus di save di sim card.
Manakala dalam Nokia Original, contact dicari melalui phone tidak melalui sim card. Jika anda save new contact terus disimpan dalam telefon bimbit.
Utk saya ini adalah kelebihan Nokia China kerana jika kita tukar telefon adalah lebih mudah kerana semua contact dalam sim card.

Time and Date Setting
Setting waktu dalam Nokia China saya sarankan guna 24 hours setting ( Dari 00 - 24) kerana jika setting 12 jam amat sukar kerana dalam Nokia China jika setting guna 12 jam ia akan keluar am/pm. Ni yang susah. So jangan susahkan kepala setting waktu tentera.
Manakala Nokia Original mudah jika setting 12 jam.

Lain setting akan saya terangkan lebih lanjut nanti. seperti:
a)Wallpaper setting
b) Tone setting
c) Message
d) Setting aplikasi
e) Jenis-jenis multimedia
f) Setting GPRS untuk Maxis - DiGi refer blog terdahulu

Catat Ulasan

0 Ulasan