Latest Post

The Apprentice Asia - Tony Fernandes

The Apprentice Asia

Sebuah rancangan realiti The Apprentice Asia semalam ( 22.05.2013) telah ditayangkan semalam di Astro AXN. Aku memang menanti rancangan ini sebab rancangan untuk aku membantu melihat sikap manusia dalam menangani stress.
Rancangan realiti ini akan berlangsung selama 11 minggu !!

Kali ini The Boss ialah Tony Fernandes, hero Air Asia sambil dibantu oleh dua pembantunya iaitu Kathleen Tan,  Chief Executive Officer of Expedia Asia dan Mark Lancester, CEO Tune Hotel.


The Apprentice AsiaDalam Minggu Pertama ini task mereka ialah menjual ikan di pasar basah dengan mendapatkan seberapa banyak untung yang boleh!!!

Mereka terbahagi 2 kumpulan iaitu Team Perempuan "The Apex" dan Team Lelaki " The Maverick".



Dalam pertarungan kali ini Team Maverick kalah dengan Team Apex. Walaupun kedua-dua kumpulan tersebut rugi tapi Team Maverick mengalami kerugian yang terbanyak.

Kasihan aku melihat Hendry peserta dari Indonesia yang dilantik sebagai Pengurus Projek telah dipecat oleh Tony Fernandes. Beliau merupakan peserta pertama yang dipecat dalam rancangan The Apprentice Asia.

Apa yang dapat aku pelajari The Apprentice Asia minggu pertama ini ialah bukan senang menjadi pemimpin dikalangan pemimpin. Hendy mengalami masalh dalam menguruskan ahli-ahlinya yang cuba menonjol dalam pertandingan ini hingga beliau menjadi kelam kabut.
The Apprentice Asia

Kedua apa yang aku lihat, sebelum kita memulakan perniagaan kita mesti mempunyai pengetahuan dalam perniagaan tersebut.

Apa yang berlaku mereka tidak mengenali jenis ikan yang dijual dan mereka menjual dengan harga yang rendah dan merugikan!! Kedua-dua kumpulan menghadapi masalah yang sama!!

Ketiga ialah labelling dan harga mesti diletakkan disetiap produk yang banyak supaya kita tidak salah tag harga hingga merugikan. Ini yang berlaku pada Team Maverick yang menjual ikan sebelum tag harga diletakkan dan menjual ikan dalam keadaan rugi.

Akhir sekali, aku tak respek dengan Hendy kerana mengakui kekalahan kumpulannya adalah kerana kelemahan beliau. Sebenarnya dalam sesuatu kumpulan, mesti mempunyai ketua dan seorang yang  dilantik harus dihormati keputusannya. Itu basic!!

Tapi dalam kumpulan Team Maverick, ada yang nak tunjuk pandai seperti Hanzo yang menjual ikan sebelum tag harga diletakkan hingga merugikan mereka.  Maka Samuel pula langsung kaku dalam mempromosikan jualan ikan mereka!!

Untuk aku Hendy tak bersalah tapi pendiriannya aku respek!! Sebab itu masa penyingkiran dia memilih Nazril dan Alexis tunggak kumpulan agar beliau sendiri dipecat.

Itulah cerita minggu pertama The Apprentice Asia.
Si lelaki kalah dengan perempuan..huhuhuhuhu...Sedihnya!!!
The Apprentice Asia



 

Kilauan Emas 3 - Separuh Akhir

Kilauan Emas 3
Kilauan  Emas 3 - Otai Masih Berbisa kali ini hampir menuju penutupnya. Malam ini adalah malam separuh akhir penentuan untuk ke final pada 29.05.2013. Dimana tinggal enam peserta bertarung malam ini,

Sudah mesti semua peserta berdebar-debar sekali. Kilauan Emas 3- Separuh Akhir ini sudah pasti memberi persaingan yang hebat.

Malam ini bertemakan Lagu Baru, Balada dan Duet. Dan juri jemputan kali ini ialah Jaclyn Victor.
Disebabkan Separuh Akhir aku terpaksa komen dengan detail ini..hehehe,

Kilauan Emas 3
Nyanyian dimulakan oleh Mior...dapat pujian melampau dari Datuk Ramli Ms. Aku lihat memang santai nyanyian Mior.

Nyanyian duet dari Ros dan Rina, lagu Melayu Asli , hancus. Ziana Zain kata ke laut..hahahaha. Rina aku lihat best cuma Nenek Ros kaku menari...

Alina menyanyi lagu Aliyah iaitu Kisah Hati, Jac kata lagu ini memang susah dan pitching ada lari.

Silah menyanyi lagu Cinta Pertama dari Hattan, dan juri Datuk Ramly Ms kata lagu ini tidak beri kesan. Aku pun dah agak dia tak sesuai nyanyi lagu ini. Silah sesuai nyanyi lagu Blues dan Jazz.

Kilauan Emas 3- Separuh Akhir diteruskan dengan Rina menyanyi lagu Power Of Love. Juri Ziana Zain kata bagus ada feeling.

Kilauan Emas 3
Peserta seterusnya lagu duet oleh Idris dan Alina iaitu Melayu Asli iaitu Selasihku Sayang. Jac kata sangat sedap dan secocok!!!

Kilauan Emas 3- Separuh Akhir diteruskan oleh Nenek Ros. Kali ini bawa lagu ketuhanan iaitu Gelombang sebab minggu lepas Datuk Ramli MS cabar bawa lagu ketuhanan..hehehehehe.

Macam biasa Datuk Ramli MS kena kutuk, juri kata Nenek Ros dah ada Cahaya Nur...hahahahaha
Beliau kata lagi kata Nenek Ros ada karisma...!!!

Dato Ramli MS: Kak Ros asal dari mana?
Kak Ros: Pontian..NAK


Peserta seterusnya lagu duet oleh Mior dan Silah iaitu Lagu Zaman. Juri Ziana Zain kata kombinasi yang baik. AKu dengar pun rasa best. Paling best Silah. Pendapat aku  inilah LAGU DUET TERBAIK!!

Kilauan Emas 3
Lagu seterusnya dari Idris iaitu Sedetik Lebih..pehhhhhh. Lagu idola aku Anuar Zain. Jac kata Idris mempunyai style tersendiri membawa lagu ini.

Kilauan Emas 3Peserta yang terkeluar ialah Rina dan Ros.
The best untuk mereka.

Dan seperti yang dijangkakan Mior, Idris, Silah dan Alina masuk ke final!!!!
Tahniah buat mereka!!

Kilauan Emas 3- Separuh Akhir telah melabuhkan tirainya.
Dan pada minggu depan ialah final Kilauan Emas 3.


Kilauan Emas 3

Kilauan Emas 3

.Gambar sumber dari: Facebook/Kilauan Emas
 

Remaja Mempunyai 40 Nama

hanif
Mak aiii...Panjangnya nama. Macam mana kalau nak nikah nanti yek ...ehehhehehe
Terkial-kial juru nikah nak menyebut namanya itu....hahahahha.

Seorang bakal pelajar senior sekolah tinggi, Ratziel minggu ini akan mendaftar di Sekolah Tinggi Nasional Bandaraya Urdaneta di Pangasinan dan dia perlu menulis nama penuhnya yang mengandungi 40 nama, selain nama keluarganya.

Kelihatannya memang hebat kerana Ratziel, 15, dilahirkan sebagai:

Ratziel Timshel Ismail Zerubbabel Zabud Zimry Pike Blavatsky Philo Judaeus Polidorus Isurenus Morya Nylghara Rakoczy Kuthumi Krishnamurti Ashram Jerram Akasha Aum Ultimus Rufinorum Jancsi Janko Diamond Hu Ziv Zane Zeke Wakeman Wye Muo Teletai Chohkmah Nesethrah Mercavah Nigel Seven Morningstar A San Juan CCCII.

Abangnya, Ramuel, 21, turut mendaftar di Universiti Filipina (UP) Baguio sebagai pelajar tahun dua. Dia juga menarik perhatian kerana mempunyai 20 nama.

Ramuel yang juga pelajar Biologi mempunyai nama penuh sebagai

Ramuel Spirituel Mattathiah Obadiah Darius Desiderius Abner Macaire Nowell Asa Izzy Zoon Politikon Trigg Gruffydd Keen Kemp Knowles Bonifacio Makabayan A San Juan.

Kakak dua beradik itu, Ramille Lewisse, 25, yang mempunyai firma perunding rekabentuk laman web di Metro Manila, juga tidak ketinggalan. Dia berjaya membina karier tetapi hanya beberapa orang saja yang mengetahui dia mempunyai 20 nama iaitu:

Ramille Lewisse Marion To Kalon Zoe Vera Natalia Nadezna Zora Hosea Pro Patria Berenice Clotilda Currente Calamo Naomi Nahum Mehetabel A San Juan.

Huruf A yang terdapat pada nama tiga beradik itu mewakili nama keluarga ibu mereka - Agustin. Latihan mental yang diperlukan bagi membantu setiap beradik itu mengingat nama mereka dalam susunan yang betul dan dieja dengan betul dilakukan oleh ibu mereka.
 

Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun

Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin. Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland.

"Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press. Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari.

Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara. Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina.
 

Add Subscribe You Tube Button Di Blog



Salam Satu Blogger. Lama betul aku tak buat tutorial dan memang lama tak blogwalking. Minggu ini aku janji akan blogwalking ke semua rakan-rakan blogger.

Busy sesangat dengan kerja dan kemudian Sabtu/ahad pergi memancing..huhuhuhu. Habis blogwalking aku..hehehehe. Terima kasih kepada rakan blogger yang tak jemu-jemu ke sini..

Hari ini nak buat tutorial bagaimana nak add You Tube Subscribe dalam blog. Soalan penting timbul? Penting sangat ker nak letak You Tube Subscribe dalam blog.

Penting jika anda :
a) Sering membuat video dan mahukan penonton
b) Anda hendak enable "Monetize" supaya dapat Google Adsense.
Jika anda aktif, secara tak langsung anda akan menjana pendapatan juga.

Tanpa buang masa jom kita buat.
Senang sahaja iaitu copy HTML di bawah.
Pergi ke layout.
Add "New Gadget"
Pilih "HTML/Java Script"
Copy dan masukkan HTML tersebut.
Siap.

<iframe src="http://www.youtube.com/subscribe_widget?p=hanifidrus74"
       style="overflow: hidden; height: 105px; width: 300px; border: 0;"
       scrolling="no" frameborder="0">
    </iframe>


Tukarkan tulisan berwarna merah dengan You Tube username anda.

Kalau anda dah faham, please subscribe You Tube saya di dalam post ini juga..hahahahahhaha.
Cuba klik subscribe kat atas...berfungsi tu..kikiki

Aku tengah pening sekarang nak appravol "Google Adsense". Orang kata cara paling senang pakai You Tube.


 

David Karp Umur 26 Tahun Sudah Jadi Billionair

David Karp

Muka macam bodoh ajer, rupanya pandai dan genius..hehehehhhe. Biar tak hensem tapi banyak duit sure awek beratur panjang..hahahahhaa.
Walau bagaimanpun mamat ini kit aboleh jadikan sebagai contoh idola anak-anak muda kerana ia sentiasa berusaha untuk maju.

Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).
David Karp

Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku. Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir. Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.

Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007. Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion). Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef. Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.

Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam. Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut. "Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia. "Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer.
 
 
Support : Creating Website | Han's Template | Hanif Template
Copyright © 2013. Hanif Bin Idrus Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Hanif Templates
Proudly powered by Hanif Idrus Blog