Gaji minimum pekerja swasta

Gaji minimum pekerja swasta

Akhirnya dalam bajet 2011 telah diputuskan dengan cadangan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk memutuskan dasar gaji minimum pekerja swasta. Pelaksanaannya dijangka akan diputuskan pada bulan Jun atau Julai. Aku berharap majlis ini yang diketuai oleh majikan,NGO. akademik, kesatuan sekerja dan kerajaan akan memberi keuntungan kebajikan kpd pekerja swasta.

 Kalau anda baca entri aku yang bertajuk TENSION KELAS MENENGAH anda akan memahami inilah sebahagian kehendak kelas menengah swasta. Ini penting kepada kerajaan dalam mendapat soköngan kelas menengah swasta dalam pilihanraya akan datang. Mungkin apabila gaji minimum ini diumumkan, pada aku pekerja lama mungkin tak akan dilaksanakan tapi pada generasi akan datang akan terjaga. Tak lah aku cemburu sangat pada kelas menengah awam..hehehe.

 Thanks PM dan aku rasa nak tick BN pilihanraya ni. Jangan kata aku lalang, dalam politik melobi adalah sebahagian dalam proses demokrasi dan dalam hal ini, gaji minimum dan hak kelas menengah swasta adalah lobi aku. So kena ler Win -Win method ...thanks.

Catat Ulasan

0 Ulasan