Ubat Kuat...

Ubat Kuat...

Tanggal 09.10.10 aku  bikin kereta, tukar lower arm. Bila bawa lebih 80km sejam bergegar tayar depan. So tadi tukar lower arm aku dan pi buat elemen keta.

Kat sebelah kedai tu ada kedai nombor ekor, yg menarik perhatian aku bukan kedai nombor ekor tapi barangan yg jual kat depan kedai tu. So aku pun pergi usha..rupanya jual ubat kuat lelaki..hehehe. Aku pun menggatal selitkan badan kat kedai tu. Aku tanya apa jenis jual. Abang yang jual tu tunjukkan pil-pil yang dia jual. Melalui pengamatan aku terdapat 2 jenis ubat kuat, jenis makan2 (paling popular). dan sapu2. Makan lak ada dua, jenis pil atau serbuk. Pil yg paling popular dari China. Orang panggil CAP KEPALA KERBAU. Pil yang lain ialah viagra jenis warna biru punya.

Ternganga aku dengar brader terangkan kat aku. Aku tanya berapa harga.
Abang tu kata" Adik, pil china ni satu biji RM7 tapi kalau adik amik 1 botol ada 7biji. Abg kasi RM45."
 "Viagra lak" aku memuncungkan mulutku sambil bertanya sambil amik sampel gambar pil China. Kata nak rekemen kat kawan.
Brader tu sambung "Ni mahal sikit, ori punya dik. Emm..RM40 sebiji".
"Bila time nak makan", aku tanya.
Brader tu  pandang aku dan bercakap" Lagi setengah jam mau itu, adik makan. Tapi perut jangan kosong, makan cikit"
Aku anggukkan kepala.

Aku terus bertanya menunjukkan ubat sapu lak.

Pendapat aku dari makan2 ni, baik jenis sapu2 punya. Tak effect kesihatan. .kekeke. Brader tu rekemen aku ubat sapu dari Indonesia. Dia ada ajar ler cara2 nak sapu. Takkan aku nak cerita kat sini..hehe.

Berapa lak harga ni aku terus bertanya"Harga RM50. Jenis sapu ni kena tunggu 1 jam baru OK".
Dalam hati aku berkata"Peh!! jenuh kena tunggu."
Brader tu terus bercakap" Jika selalu pakai, pagi sekali dan nak tidur sekali. Dalam 2 minggu adik tengok hasilnya." beria2 ia terangkan padaku.
Aku diam ajer dan setelah mendapat segala maklumat yang di inginkan, kemudian aku pun belah nak tengok kereta. Macam2 hal sekarang, aku tak ler terpedaya tapi minat tu ada ler..hahaha. Minat mendengar. Untuk aku janganlah makan bende2 mcm tu, sekarang pun ada doktor yg pakar dalam bidang ni. Doktor lelaki sakit puan. Konpem betui analisis, jgn pakai terjah. Sebagai lelaki. aku paham kadang2 kita takut. Tapi hubungan bukan tentang seks ajer.

Dahlah, tak nak bebel lagi. Nanti tersalah cakap jadi cerita lucah lak..Walau apa pun, tadi mahu tak mahu aku terbeli pil RM7. Dah aku soal macam2, tak kan nak belah ajer. Siap amik gambar lagi. Tak pasal2 kena maki percuma ajer. Tengah pikir nak cuba atau kasi kawan. Umm!! kalau dah lelaki. itulah peel nya.
  

Catat Ulasan

0 Ulasan