Urut Refleksi?

Urut Refleksi?

Kad Urut Refleksi
Urut refleksi adalah satu aktiviti urutan kaki yang biasanya di lakukan oleh bangsa Cina. Tapi zaman sekarang urutan kaki refleksi dah menjadi satu aktiviti biasa di kalangan rakyat Malaysia.Dan aku juga merupakan pelanggan yang sering mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Urutan refleksi ini adalah satu urutan yang menyakitkan. Jika kau pergi urut kaki tapi tak sakit, tak yah pergi...hehehehhe. Mengikut kepercayaan tukang urut Cina yang aku pergi ni, semua fungsi organ badan kita terletak di tapak kaki  kita. Buah pinggang, hati dan macam-macam ler.

Jika masa mereka mengurut anda kesakitan dan biasanya sakit... ada fungsi-fungsi tertentu yang abnormal di badan anda. Aku lak kalau dia urut anak jari kaki aku, pehhh terasa macam kena hiris-hiris kaki tu. Tapi disebabkan aku ni mempunyai gaya macho yang tersendiri, aku relax ajer tapi dalam hati macam nak tendang ajer tukang urut tu...kekekeke

Urutan refleksi ni biasanya dalam 40 minit atau satu jam. Bergantung pada kadar kemampuan anda ler. Harganya kalau ikut standard negeri aku  dalam RM26 - RM30 untuk 1 jam.
Selepas urut jangan kenakan air selama 1 jam. Kalau tak angin masuk.

Selain kebaikan mengurut kaki ni ialah fasiliti yang terdapat pada kedai-kedai ini. Kerusi mengurut tahap boleh adjust-adjust. Siap ada minuman disediakan. Dan Astro juga disediakan tapi cerita Cina ler. Itu kelebihan kedai-kedai ini.
Berbanding tukang urut kampung kena pakai kain pelekat..tidur atas lantai. Tak ada minuman untuk segarkan badan. Kalau urut kampung kau nak macam tu ..kena ler hulur lebih. Ni urut satu badan bayar RM20..aparaaa.

Peringatan!!!!!!!
Tempat urut ni ada macam-macam. Jangan lak hang pi tempat yang bukan-bukan. Nanti kena serbu padan muka kau..kekkeke

Catat Ulasan

0 Ulasan