Hari Kekasih Atau Hari Kasih Sayang

Hari Kekasih Atau Hari Kasih Sayang

14/2/2011 merupakan Hari Kekasih...hari anak-anak muda mengambil kesempatan tarikh keramat ini.  Time macam ni nanti bulan dalam bulan November nanti ramai yang buang bayi..Tak perlu aku nak terangkan apa itu Hari Kekasih  ni dan dari mana ujudnya istilah ni dan kenapa umat Islam tak perlu meraikannya.
Jangan raikan dengan istilah yang salah ..risau aku dengan budaya semacam ni...huhuhuu

But tadi masa borak-borak ngan kawan di masjid. Dekat masjid tu ada satu papan kenyataan yang menulis setiap tarikh perkahwinan penduduk kampung tu.
So nak dijadikan cerita kita berbual tentang Hari Kekasih ni. Saya kata  pada kawan, 14hb Februari apa salahnya kita sambut tapi tukar kepada Hari Kekasih kepada isteri dan suami. Yang penting niat bukannya nak menyambut Hari Valentine.
Member aku jawab, kan lagi baik tukar kepada Hari Kasih Sayang. Kalau Hari Kekasih hanya tumpuan kepada pasangan kekasih yang bukan muhrim. Aku setuju dengan kenyataan beliau.
So aku nak sambut Hari Kasih Sayang ngan bini aku...hehehehehe.
Tapi member aku pulak kata, kenapa  kita nak sambut Hari Kasih Sayang pada tarikh 14hb seumpama kita mengiyakan Hari Valentine tersebut cuma kita menukar nama sahaja.
Entahlah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu niat aku nak sambut kasih sayang kepada orang yang aku cinta sebab pada masa itu hotel ada buat dinner Hari Kekasih dengan candle light. Lain hari bukan ada...Betul tak?
Tapi aku tak ler nak sambut candle light..aku tengok mahu cecah RM180+++ jugak...pehhh!!!
Tapi kalau bini aku belanja OK gak!! Hari Kasih Sayang kepada SUAMI....
So aku nak kasi puisi ajer...hehehehe.

Of course puisi cinta......kan Hari Kasih Sayang.
Bolehkan..sesekali aku taip kat blog untuk kasi puisi cinta kat bini aku....
Kalau aku kasi lain hari..kang bini aku kata aku ni buang tabiat...tetiba jer kasi pusi...nanti syak wasangka lak...kekekekeke.

Menyintaimu melambangkan kebanggaan ku. Mecintaimu memberi satu petanda kebahagiaan untukku. Menyintaimu menyerlahkan diriku sebagai lelaki. Menyintaimu umpama limpahan sungai dari syurga menyimbahi hatiku.
Itulah keagungan cintamu. Tiada kata-kata yang dapat ku lafazkan dari seluruh benak fikiranku.
Merinduimu merupakan satu seksaan dunia yang teramat sangat. Merinduimu umpama sebatan yang maha agung ke dalam hatiku. Merinduimu membuatku resah seresahnya. Merinduimu memberi derita batin yang mengoncang akal fikiranku.
Itulah erti kerinduanku padamu. Satu gelora perasaan melangkaui batasan erti kehidupanku.

Menyayangimu
adalah tekadku. Menyayangimu  merupakan satu perjuangan yang tiada noktahnya. Menyayangimu adalah keabadian hayatku untukmu.
Itulah erti kasih sayangku padamu, tiada raguan, tiada hipokrit, Yang ada hanyalah kebenaran yang aku terlalu amat menyayangimu.


Itulah kebenarannya…………..AKU CINTA PADAMU...ISTERIKU...

Catat Ulasan

1 Ulasan

THE AUTHOR berkata…
Biar dunia mendengar jeritku betapa aku mencintaimu...
Biar alam ini bergegar akan hembusan cintaku padaku
Biar lautan mengering akan kehangatan cintaku padamu
Biar 7 lapisan langit merekah akan gengaman cinta kita.
I love you..