Wanita adalah insan yang patut kita sanjungi dan hormati |
Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda. Setia
dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang hebat olah
orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantar makanan kepada
baginda ketika beribadat di Gua Hira'.
2)SITI FATIMAH
Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan
setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun Ali miskin
sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan
lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut. Rasulullah pernah
berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan
kamu."
3)SITI AISYAH
Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan
bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,
disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakan bekas yang sama.
4)SITI HAJAR
Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah
SWT. Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi
kebaikkan.Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu
mithali)
5)SITI MARIAM
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk
mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang
diterimanya.
6)SITI ASIAH
Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian
yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.
7)SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda
menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.
8)SITI MUTI'AH
Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah
SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup
menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul
suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas
hanya untuk tatapan suami sahaja.
9)SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan
orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.
9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah
Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 pada tahun 2007 bertajuk 'SITI IMPIAN'.
2 Ulasan