Kehidupanku back to basic.

Kehidupanku back to basic.

Life is good if we make it good
Syukur ke hadrat illahi, kehidupanku kembali pulih. Bukan masalah keluarga atau kewangan tapi semenjak aku belajar meniaga 4 bulan lalu.

Semenjak aku bisnis, masa aku memang cukup ketat. Hari Isnin hingga Jumaat aku kerja. Hari sabtu pagi2 buta keluar hantar produk aku dan balik malam. Hari Ahad keluar lagi hantau produk sampai petang. Balik
umah orang tua aku kejap2 dan balik jumpa anak emm..bila jumpa yek?

Masalah pertama, anak!! Anak aku dah ler tinggal sama mak mentua aku,jumpa pun sabtu dan ahad. Bila aku nak jumpa anak aku. Itu ari anak aku dah bising pasal lama tak jumpa aku.Ada sekali aku janji ngan
anak aku, tak dpt keluar. Semua dah siap salin baju. Memang aku rasa amat bersalah.

Masalah kedua, ialah obligasi aku kepada org tua aku. Memang jadual aku setiap sabtu mesti balik jenguk mak aku. Sejak meniaga ni, aku singgah ajer. Aku tau mak aku kecik hati. Apatah lagi, masa mak aku nak g umrah, aku tak dpt tumpukan perhatian. Masa nak kenduri pun aku masih hantau kuih!!

Masalah ketiga, kepenatan yang amat sangat. Tiap2 minggu kena keluar dan makin lama balik lambat. Bila penat, maka mood pun tak der. Anak aku pun dah tegur, aku asik marah jer..kekeke.

Masalah keempat, life aku dahulu dah tak der. Dulu kalau cuti aku lepak2 ngan member minum2 air. Dapat release tension kerja. Masa meniaga langsung terputus hubungan. Hubungan aku ngan kuih
ajer..hahaha.

 Setelah lama berpikir, aku bukan berhenti meniaga tapi ubahsuai teknik niaga. Aku kini hantau barang 2 minggu sekali. Produk2 aku yang tahan lama. Tak perlu komitmen setiap minggu. Aku sampai bila-bila pun akan ingat kata kawan aku.

Perniagaan aku ni adalah part time. Kerja aku dah ada tapi kenapa komitmen yang diberikan pada kerja
part time terlalu tinggi dan jadi pressure Jangan mengharap terlalu tinggi kerja yang dijalankan part time. Kerja part time ni makan masa nak maju kerana kita bukan full time. Lain kalau rezeki kita bergantung pada produk ni.

Kena ubahsuai target part time dan full time. Kalau full time target 4 bulan mesti maju tapi part time target
1 tahun. Target pendapatan pun mesti realistik jika kerja part time.
SEKARANG AKU DAH FAHAM

Dan kini aku tak stress sangat. Bisnis still on dan sekarang aku tengah menyusun strategi produk2 baru. Sekarang org tua pun dah senyum. Aku pun dah ada masa kemas pokok mangga mak aku. Anak2 aku dah senyum. Bini aku tetap maintain dari mula aku meniaga sampai sekarang. Tetap sokong apa jua tindakan aku.

Catat Ulasan

3 Ulasan

jk berkata…
bagus bro! thanks for sharing!

-peace from me
THE AUTHOR berkata…
Thanks..jom kongsi memang best
eelobor berkata…
semoga saudara berjaya dalam apa jua kerjaya. kini masa sudah lebih banyak apabila dapat berblogging kan? huhuhu.....bisness tetap masyukkk