Aku , ibuku dan ibu mentuaku |
Untuk aku hari ibu adalah satu tanggungjawab setiap hari. Seorang ibu tidak memerlukan dinner light candle , tidak memerlukan hadiah. Mereka(ibu) hanya impikan pelakuan emosi dari anak2. Ibu...mereka adalah warga emas yg sensitif perasaan. Perasaan mereka mudah terkecil hati. Sempena hari ibu ni apa kata kita tanam azam utk melayan karaneh mereka. Inilah yg patut kita improve dari tahun ke tahun.
Seperti ibuku, seorang wanita yg follow up tahap gaban. Kalau dah suruh aku buat sesuatu. Kejap2 tanya bila nak buat dan adakala siap telepon ingatkan aku. Dan sebagai manusia adakala kita terkasar bahasa, bukan menengking tapi pelakuan rimas kita.
Ibuku..kalau berborak ngan aku adakala mengulang2 cerita yg telah diceritakan. Adakala cerita yg dicerita berkisar tentang nasihat yg memang malas kau nak dengar. Ibuku..membebel. Dah tua2 pun selalu kena
membebel terutama kalau aku buat sesuatu kerja yg bersepah2.
Ibuku..setiap kali kalau aku beli ole2 atau barang selalu kata jgn beli, habiskan duit kau ajer. Kadang2 sikap berterus-terang ibuku yg direct kata tak suka sesuatu bende aku beli, kadang2 buat aku benggang
gak. Ibuku.. kalau nak sesuatu atau suruh buat sesuatu mesti nak jugak. Kalau kau tak buat mulalah nanti aku di follow up atau cakap mengulang2.
Itulah ibuku, kalau org lain tentu dah tension..hehehe.
Aku sebagai anak dah biasa dgn situasi ni dan berusaha membaiki kendiri agar memahami ibuku. Aku tau karenah sedemikian ujud seiring usia ibuku. Aku juga akan bersikap begitu kot bila tua. Dan aku rasa
semua pembaca disini memahami sikap ibu2 kita yg kadang2 bikin panas kat kau orang. Jika anda boleh menahan situasi ini, itulah hadiah terbaik buat ibumu.!!!
Tak perlu hari ibu kerana ibu patut disayangi setiap saat dan tika. Jika kita berani mengambil tanggungjawab menjaga ibumu, itu adalah kurnia yg paling mulia buat ibumu. Setelah semua itu kamu lakukan... sambutlah hari ibu. Bukan meraikan ibu kamu tapi juga meraikan diri kamu setiap tahun berjaya melangsaikan tanggungjawab kamu. Aku adalah salah satu insan yg masih gagal dalam perjuangan ni namun masih berusaha.
Ibuku..susah hati jika melihat anak2nya susah. Kalau tuhan takdirkan ibuku jutawan, aku jamin anak2nya memang merasa wangnya..hehehe kerana lembut hatinya.
Ibuku...selalu dahulukan anaknya dari org lain, tak kira dari segi makan atau apa ajer. Kau mesti diusahakan dapat dulu.
Ibuku..tidak pernah memburukkan anak2nya dpn orang. Jika kau dgr org kata ibuku memburukkan anak2nya. Tak payah siasat kau belasah ajer penyampai berita bohong tu. Itulah ibuku.
Dan sempena hari ibu ni, aku nak kata aku sayang ibuku. Dan aku akan perbaiki diriku..aku ni ada satu masalah keegoan yg tak tau menunjukkan sayang aku ni. Ni perlu dibaiki!! Bukan aku kata tak payah sambut hari ibu, benda dah ada sambutlah tapi konsep sambutan tu kita beramai-ramai perbetulkan.
Macam hari kekasih, aku sambut jugak..Sok aku nak kiss pipi ibuku ucapkan Hari IBU. Kat televisyen asik tayang hari ibu setiap jam, mesti ibuku tau sok hari ibu. Aku buat tak dgr ajer. Mesti ibuku mengharapkan aku ucapkan hari ibu. Seperti aku katakan, org tua ni susah nak predict emosinya. Jalan selamat ialah wishkan hari ibu. Bukan rugi apa2 pun..kekeke.
0 Ulasan