Pengalihan masalah

Pengalihan masalah

Jangan jadikan masalah anda menjadi masalah saya
Nak cerita sikit tentang motivasi!!!
Pengalihan masalah
bermaksud masalah kau di alihkan kepada orang lain!!!
Perkara mengalihkan masalah ini bukan satu perkara baru dalam kehidupan atau pekerjaan.
Lihat contoh -contoh yang aku beri

Sebagai contoh:
Engkau tertinggal satu barang kat rumah. So kau call kawan kau suruh ambil.Kawan kau janji tak lupa punya.Nak jadikan cerita tah macam mana kawan kau lupa nak ambil. Pada masa yang sama kau memang urgent gila nak pakai barang tu.
So apa terjadi?
Sudah tentu kau maki kawan kau atau paling koman pun kau merajuk... Nak sedapkan cerita, barang tu bukan kau ajer nak pakai tapi kawan-kawan yang lain. So..lagi teruk kawan kau kena kutuk. Sebab kawan kau dah janji nak ambil barang kau...So mahu tak mahu kawan kau senyap ajer  ler..sebab dah janji tapi terlupa...INI DINAMAKAN SISTEM PENGALIHAN!!!!!
Padahal punca pemasalahan adalah dari engkau, kau yang lupa nak ambil lepas tu kau call kawan kau suruh ambil. Bila kawan kau lupa, kau maki kawan kau.
Cuba kalau kau check betul-betul..dah tahu bende tu urgent dan memang nak kena pakai, apa salahnya kau periksa betul-betul...\
Tak pasal-pasal kerana kau, member kau dipandang serong atas kealpaannya.
Padahal kawan kau tu pada masa yang sama pun tengah sibuk dan penat dan disebabkan kau mementingkan diri kau tanpa mengambil kira orang lain punya  masalah kau ALIHKAN masalah kau pada kawan kau...

Lain Contoh:
Di tempat kerja kau ada masalah dan kawan kau memberi cadangan pada kau. Tak semena-mena kau alihkan tanggungjawab kau pada kawan kau yang berniat baik ingin membantu..
Itu pun satu hal juga...

Sistem pengalihan ini bagus untuk kita tapi keburukannya ialah membinasakan orang lain. Tiada win-win dalam pengalihan masalah ini.
Tapi dah namanya manusia, sentiasa lupa akan kesalahannya, bila tak sedar dirinya salah maka ia sentiasa akan menyalahkan orang lain.
Dirinya sahaja yang betul padahal sistem alihan yang digunakan adalah salah.
Kawan yang membantu berniat baik cuma atas kesibukannya maka ia lupa. Bagi kawannya perkara yang dipesan bukanlah prioriti yang terpenting kerana ia juga mempunyai tugas yang lebih penting. Bukan nak layan kau ajer..

Fikir-fikirkan lah......
Dah minta bantu tapi kena marah lagi...
Memang suwey life macam tu..hehehehe.
So lain kali kalau nak menyampuk cakap orang atau nak membantu orang lihat kemampuan diri kita..
Jangan janji kalau tak mampu atau kata lain jadi Pak Sanggup!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

NuSaNa NoSa 91 berkata…
ahhh~ klu kena camni, sure serik dh nk tlg dia.. huhh~ =.=
THE AUTHOR berkata…
memang pun....
Pertama kita jadi rasa bersalah..
Kedua jadi tension..
Ni last and forever kalau nak minta tolong..