Perbezaan TV2 dan TV3

Perbezaan TV2 dan TV3

Aku memang minat menonton TV  dan ia merupakan salah satu  kegemaran memalaskan badan.
Menonton TV sambil pekena air nescafe sambil makan apa-apa yang patut memberi maksima kepuasan erti rehat yang sebenar.
Apatah lagi pergi kerja matahari tak timbul dan balik kerja matahari dah tenggelam...Time macam ni  ler kepuasan menonton TV harus berbaloi.
Namun aku nak komplen satu perkara yan buat aku tak puas hati banyak.
Disebabkan aku ni peminat TV so dalam kepala aku dah set apa filem yang dimainkan dan bila.
Jom baca kat bawah siaran-siaran TV2 dan TV3 dan perbezaannya..

TV2 hari Isnin  ada cerita Melayu biasanya filem-filem P. Ramlee. Hari Rabu TV2 ada cinema cerita English. Hari Sabtu  pukul 10.00pm ada cerita orang putih gak. Biasanya yang best hari Rabu ni ler. Hari Sabtu kul 12.00 malam ada cerita orang putih cita lama-lama. Ini tak termasuk hari Sabtu dan Ahad ada cita Tamil dan Bollywood.

TV3 pula hari Isnin cerita Cina. Hari Jumaat kul 10.00pm lak ada cerita English. Hari Sabtu kul 12.30 malam lak cerita orang putih.
Biasanya kalau TV3 pasti tayang cerita yang masih baru, tapi TV2 emmm...asik-asik cerita yang  sama atau cerita tahun 80an. Itu kelebihan TV3!!!
Tapi aku tak kisah sebab semua cerita yang ditayang kat TV semua aku  dah tengok, cuma kadang-kadang layan cerita-cerita yang dah lama tak tengok ni best jugak.

Cuma yang aku tak puas hati kalau tayang filem kat TV3 semua kena potong giler-giler punya. Bukan sekali aku terkena tapi aku berani kata setiap filem yang ditayangkan mesti banyak adegan yang dipotong. Minggu lepas sebagai contoh cerita Mission Impossible 3, punyalah banyak filem adegan yang dia potong. Aku tengok alamak!!
Tapi kalau TV2 memang tak potong punya, dari A sampai Z itulah ceritanya.
Tak guna kalau kau tayang filem best macam mana pun tapi adegan- adegan yang kita pernah tonton tak ada!! Kan aku dah kata, semua filem yang ditayang kat TV ni semua aku  dah tengok , bila flash back balik  filem yang di tayang kat TV3 isskkk..macam ada kurang ajer.

So sebagai penonton aku terpalsa menonton gak...hehehehe. Tapi tak best ler macam ni..Mungkin slot untuk iklan banyak sangat kot.. Banyak alasan yang boleh digunakan tapi aku memang tak gemar kalau tonton TV3. Malam ni ada cerita Anancoda, tak percaya hang tengoklah mesti tak paham punya...hehehehe. Sebab banyak sangat potong...
Anda semua pernah kena tak?

Catat Ulasan

4 Ulasan

Andrik McVean berkata…
i love tv3 more..but i find it too much iklan
NurIsme Khalid berkata…
yerp...memang banyak iklan....bile dah byak penaja nih susah jugak....huhuhu
THE AUTHOR berkata…
cari makan dengan iklan tapi kena jaga gak...penonton nanti jadi bosan...