Kaki Wayang: Sinopsis Transformers Dark Of the Moon

Kaki Wayang: Sinopsis Transformers Dark Of the Moon

Semalam dengan keadaan kelam kabut akhirnya dapat juga aku tengok tayangan pembukaan Transformer: Dark Of the Moon.
Apa yang dapat aku katakan jalan ceritanya menarik..Aku kasi 3/5 bintang.
Garapan seni aksi  memang dahsyat, dulu Transformer 2 aksinya memang menarik tapi terlalu pantas hingga aku terpaksa fokus betul-betul tapi kali ini walaupun aksinya pantas namun aku dapat lihat penukaran robot kepada kereta dan sebagainya lebih jelas dan real!!..Aku kasi 5/5 bintang.
Seksi!!!
Heroin ( Carly)  kali ini memang seksi dengan loghat Britishnya, tapi aku rindu kat Megan Fox....  Bini aku kata pun memang seksi giler heroin kali ini. Berbaloi gak tengok filem ini...kekekeke


Robot-robot dan kenderaan baru kali ini memang dahsyat, paling dahsyat aku tengok ialah cacing gerudi yang remukkan bangunan bertingkat-tingkat...Kapal perang pun agak dahsyat!!!

Berbalik pada Sinopsis cerita yang aku kagum dengan Mat Saleh ini putar belit cerita.
Begini ceritanya,



Berbalik pada zaman Cyberton sedang berperang saudara antara Autobots dan Decepticon. Pada peperangan tersebut Autobots tahu mereka akan kalah dan akhir peperangan Autobots telah mencipta satu senjata bernama "Pillar"atau teras. Senjata ini adalah satu senjata yag boleh membuka gerbang masa atau jambatan masa atau portal pengangkutan. Ertinya kalau kau duduk kat KL kau boleh adjust "pillar" ini dengan membuka portal ke Melaka. Tak payah-payah buang masa.
SENTINEL
"Pillar " ini telah dicipta oleh Sentinel Prime iaitu panglima agung Cyberton dan genius Autobots. Dan guru kepada Optimus Prime. Semasa mereka mengangkut teras tersebut, kapal mereka telah di tembak dan terjatuh ke bulan.
Pihak AS ( Amerika Syarikat) telah mengesan satu  objek jatuh ke bulan pada tahun 1961, maka atas arahan Presiden Kennedy meraka telah melancarkan kapal ke bulan dengan menggunakan Apollo 2. Kapal yang membawa Neil Armstrong...kekekekake. Rupanya penghantaran manusia ke bulan bukan kerana penjelajahan angkasa tapi untuk melihat/meninjau kapal angkasa yang terjunam ke bulan.
Maka Neil Armstrong pun sampai ke bulan, semasa misi rahsia bermula tiba-tiba komunikasi mereka dipintas oleh pihak NASA sebagai mengaburi masyarakat dunia. Terkejut beruk Neil Armstong semasa melihat kapal angksa tersebut. Pihak Amerika ada mengambil beberapa sampel dari kapal tersebut.
Tiba-tiba projek ke bulan dihentikan oleh NASA kerana budget tinggi...

Habis satu topik sejarah permulaan robot mekanikal yang jatuh ke bumi...

Berbalik pada zaman sekarang, Autobot dibawah kepimpinan Optimus Prime telah mengukuhkan kerjasama dengan manusia dibawah satu organisasi bernama NEST. Komander NEST masih lagi menggunakan pelakon lama Lennox.  Mereka juga telah mencipta satu alat yang boleh mengesan tenaga Energon yang dimiliki oleh robot mekanikal ini. Operasi demi operasi telah dilakukan dalam menangani sisa Decepticon.


Sebelum itu hero filem ini iaitu Sam Witwicky telah tamat belajar kolej dan kini sedang mencari pekerjaan. Dia sekarang ada seorang cewek yang giler cun iaitu Carly yang beliau jumpa di White House semasa menerima pingat keberanian dari Presiden Obama disebabkan selamatkan bumi dalam siri Transformers 2.
Dalam filem ini Sam sedang bertarung dengan egoisnya yang telah menyelamatkan planet bumi dan tapi masih menganggur. Beliau seakan tidak dapat menerima kenyataan yang dia tidak terlibat lagi dengan Autobots. Sebenarnya dia amat merindui akan suasana dahulu..Itulah mainan perasaan yang cuba diketengahkan oleh pengarah Micheal Bay.
Apatah lagi Bumblebee tiada lagi bersama Sam kerana telah menyertai NEST. Lagi boring mamat ini. Yang menemankan beliau adalah 2 robot kenit yang bodoh-bodoh.

Berbalik pada cerita NEST. Pada satu hari mereka telah mengesan satu tenaga Energon di Rusia iaitu kawasan letupan radioaktif Chernobyl melalui maklumat oleh orang dalam Rusia. So mereka pun pergi ke sana dan semasa meninjau keadaan disana mereka telah menemui enjin pesawat Sentinel. Rupa-rupanya letupan Chernobyl berpunca dari ujikaji oleh pihak Rusia ke atas enjin Sentinel. Pihak Rusia  telah menemui kapal Sentinel sebelum AS semasa penjelajahan angkasa menggunakan Sputnik...hehehehee. Rupanya Rusia pun dah tahu...
Semasa kat sana Autobot dan pasukan NEST telah diserang oleh Decepticon. Akhirnya Decepticon melarikan diri.

Pada ketika itu Optimus Prime amat marah melalui penemuan enjin Sentinel tersebut kerana beliau tidak tahu menahu akan kapal Sentinel di bawah kajian manusia.
Setelah bertanya pada ketua NEST iaitu seorang perempuan bernama Mearing, akhirnya Mearing menerangkan kejadian pada tahun 1961.
Optimus Prime bertanya adakah mereka menemui pintu gerbang ( Pintu Besi)?
Optimus Prime berkata mereka akan ke bulan untuk melihat lebih lanjut lagi keadaan kapal tersebut.

Maka Optimus Prime pun ke bulan menggunakan kapal mereka, sampai di bulan, Optimus Prime telah membuka pintu gerbang kapal tersebut. Apabila pintu gerbang tu terbuka maka yang ada di dalam ialah Sentinel Prime sambil memeluk "pillar" atau teras sebanyak 5 buah.
Optimus Prime pun membawa balik Sentinel Prime. Keadaan Sentinel Prime amat lemah kerana kehilangan Energon yang tinggi. Satu-satunya orang yang boleh memulihkan Sentinel Prime ialah Optimus Prime yang memiliki Matrix atau cahaya Cyberton ( lebih kurang ler tu). Kena tengik Transformer 2.
So Optimus Prime pun menggunakan Matrix memulihkan Sentinel Prime. Maka Sentinel Prime pun pulih.

Mearing bertanya apa ada dalam kapal tersebut, Sentinel Prime menerangkan tentang "pillar" ciptaannya dan orang yang boleh mengawal "pillar" tersebuat hanyalah beliau ( Sentinel Prime).Terkejut beruk Mearing mendengar. Mearing berkata dengan "pillar" tersebut maka kita boleh mengangkut senjata dan askar-askar kemana-mana termasuk di bumi. Maknanya jika "pillar" tersebut jatuh ke tangan Decpticon maka bahayalah bumi. Megatron boleh membawa askar-askarnya yang berada di setiap pelusuk alam ke bumi...huhhuhuuu.
Mearing mengarahkan agar "pillar" itu disimpan.

Berbalik pada Sam Witwicky, yang telah melalui pelbagai temuduga akhirnya mendapat kerja di sebuah syarikat sebagai penghantar surat. Satu hari beliau pergi ke pejabat mak we dia yang dimiliki oleh firma akauntan bernama Dylan. Beliau jeles dengan mak we beliau yang baik dengan boss dia bernama Dylan. ( Tolong ingat nama Dylan ini kerana ia juga terbabit dalam cerita ini)

Semasa bekerja di syarikat baru beliau, Sam telah di tegur oleh salah seorang pekerja bernama Jerry Wang  yang yang telah memberi beliau sepucuk surat mengatakan ada rancangan sabotaj ke atas manusia. Sam agak terkejut kerana beliau tidak mengenali Jerry. Jerry mengatakan tentang Dark Spot at the Moon. Jerry mengatakan beliau adalah programme yang membuat pemetaan bulan dan beliau telah membuat titik buta di  bulan atas arahan Decepticon. Jerry mengenali Sam melalui kisah Transformer 2 dahulu.
Setelah menerima surat tersebut, Sam terkejut kerana Decpricon menggunakan manusia untuk menjalankan rancangan gelap mereka. Dan perkara ini dikukuhkan lagi oleh kematian Jerry dan beliau diserang oleh TV LCD...kekekeke.

Beliau bergegas ke pangkalan NEST  bersama Carly tapi sambutan yang  beliau terima amat dingin malah di kutuk oleh Mearing. Walau apa pun beliau sempat berjumpa dengan Bumblebee.
Atas kekecewaan penolakan dan hinaan NEST beliau telah berjumpa dengan Agent Simmon ( Section 7)  yang kini menjadi penulis novel serangan makhluk asing.
Agent Simmon bersetuju membantu beliau.

Carly, makwe Sam semasa balik terkejut melihat rumah mereka telah menjadi pusat penyiasatan bersama Simmon dan Carly mahu Sam berhenti. Sam tidak mahu lalu mereka bergaduh. Carly tinggalkan Sam...huhuhuhu. Pada masa yang sama Sam ada berjanji sama Carly nak temankan dia ke parti boss dia. Tapi tak jadi, benggang betul Carly.

Melalui penyiasatan Simmon, beliau telah menemui angkasawan Rusia Sputnik yang disembunyikan di Amerika. ( Malas nak cerita macam mana kaitannya)  Apa lagi mereka pun menyoal sisat dan angkasawan Rusia tu tunjukkan gambar yang diambil oleh mereka pada masa itu  iaitu "pillar" yang di bawa oleh Sentinel bukannya lima tapi beratus-ratus. Rupa-rupanya Decepticon terlebih dahulu telah menemui "pillar" tersebut.

Sam cepat-cepat menelefon NEST dan memberitahu bahawa Deception telah memasang perangkap di Chernobyl supaya Optimus Prime menemui enjin kapal Sentinel. Optimus Prime pasti akan menyelamatkan Sentinel menggunakan Matrix. Decepticon tahu bahawa Sentinel sahaja yang mampu mengawal "pillar".
Apa lagi, sekali lagi terkejut beruk Optimus Prime, cepat-cepat beliau mengarahkan semua Autobot menjaga Sentinel Prime.
( Inilah Klimaks cerita Transformers 3).
Semasa Decepticon menyerang NEST, tetiba Autobot telah diserang oleh Sentinel!!!!!!!!!
Sekali lagi berkali-kali terkejut beruk mereka semua..
Persoalan telah terungkai jua, rupa-rupanya Sentinel telah bersengkokol dengan Megatron dan Decepticon mempermainkan Optimus Prime.
Sebenarnya semasa kapal Sentinel ditembak jatuh, rupa-rupanya beliau hendak pergi ke Bumi berjumpa dengan Megatron.
Beliau bersengkokol dengan Megatron hendak menjadikan Bumi sebagai Cybertron baru...!!!

Iskkkk!!!!! dah terlebih panjang aku menulis. Ini bukan Sinopsis..heheehe. Asik menulis sampai terleka..
Cukup sampai klimaks..nanti tak laku kang filem ini..heheheheh

Cerita seterusnya Sentinel dan Megatron menggunakan bandaraya Chicago sebagai pusat menjana "pillar"
Cerita seterusnya bagaimana Sam cuba menyelamatkan Carly yang di culik oleh Dylan iaitu manusia yang berpihak kepada Decepticon.
Cerita seterusnya ialah Autobot dihalau dari bumi oleh manusia atas ugutan Decepticon dan kapal mereka diletupkan!!!
Cerita tentan aksi-aksi peperangan yang cukup mendebarkan hati...
Durasi cerita ini ialah 2 jam 30 minit ( lebih kurang macam tu ler)
Saksikan di pawagam!!!!Penat menaip..

Catat Ulasan

0 Ulasan