Tahap Marah Gaban!!

Tahap Marah Gaban!!


Minggu ni aku kerja mood marah tahap gaban. Jangan buat silap sikit memang bernanah kau kena basuh ngan aku.

Ceritanya  begini pada hari Isnin yang lalu aku ada marah satu operator Myanmar buat reject yang sama berulang-ulang. Aku suruh leader aku pergi kaunseling, yalah group dia maka dia kena ambil tanggungjawab. Budak Myanmar ini kerja malam.
Pagi-pagi aku datang kerja aku minta kaunseling form, bila aku dapat kaunseling form, langsung tak ada tindakan. Yang ada hanya minta maaf, itu pun  leader aku yang tulis!!!

Pagi-pagi dah buat aku benggang. Mula-mula aku basuh leader aku ...hehehehe dan lepas tu aku panggil operator tu masuk.
Masa opearator tu masuk aku cakap ngan dia. Dia kata tak tahu cakap Bahasa Melayu, Leader aku kata tahu cakap bahasa Melayu. Mana yang betul?

Tapi dalam hati aku tahu yang Myanmar tu tahu cakap bahasa Melayu. Apa lagi aku cakap bahasa "teguran" kat dia. Last sekali aku cakap kalau you buat reject, you tak boleh OT.!!!

Habislah cerita....
Ada lagi!!!



Malam tu, bila tiba tukar shift , leader group malam beritahu aku yang semua Myanmar tak datang kerja!! Seramai 11 orang. Aku dah tahu ni mesti sabotaj punya atau nak ugut aku kot!!
Aku diam ajer, aku suruh supervisor aku call aku punya boss beritahu budak Myanmar tak datang.
Aku balik malam tu dengan keadaan kurang senang.
Akhirnya kesemua budak-budak Myanmar itu semua datang setelah dipaksa oleh agen mereka.

Pagi macam, biasa aku masuk kerja dan boss aku panggil semua operator Myanmar. Aku tak mahu masuk kerana hati aku tengah  panas gila. Kalau masuk memang caci maki yang keluar!!!
Tiba-tiba boss aku panggil masuk tanya aku yang budak 2 ni mengadu kerana tak dapat OT.
Kat sana juga aku maki dia orang.
Aku kata "Hoi!!! you semua jangan lebih kat sini!!"
Tiba-tiba ada Myanmar sorang tu kata " Takkan pasal kualiti mahu tahan OT"
Aku mencelah" Woii!!! u diam boleh tak"
Last2 boss aku halau aku keluar....hehehehe
Lepas pagi tu, meeting ngan ejen dia orang dan keputusan di ambil terminate salah seorang budak Myanmar tu.

Malam tu aku jumpa semua budak Myanmar Aku kata " U semua jangan jadi gangster kat sini" dan beberapa ayat yang malas aku nak tulis kat sini.

Pengajaran kat sini ialah jangan hilang kawalan terhadap orang bawahan kita. Jika hilang maka habislah autoriti kau. Jika hilang autoriti kau maka mereka tak respek kau!!!
Ini yang berlaku pada group malam tempoh hari. Tak kawal operator dan akhirnya tempiasnya terkena kat aku.
Budak2 tu ingat boleh main-main ngan aku kot...

Lagi satu, kalau kita jadi ketua mesti ada gapping antara engkau ngan orang bawahan kau. Bukan menyombong tapi jangan sama-sama langgar peraturan kerja. Kalau orang bawahan kau lihat, kau boleh langgar peraturan dia akan buat 10 kali teruk dari tu...
Kalau kau nak langgar peraturan, hanya kau seorang sahaja dan jangan ajak orang bawahan kau.

Sekarang aku terpaksa tegas pada semua leader dan operator. Bukan salah aku tapi aku terpaksa kerana ia melibatkan autoriti aku
Penat kepala aku....huhuhuu
Lega dapat luahkan perasaan..........

Catat Ulasan

3 Ulasan

Noor Fatin berkata…
xpe awak. sabar byk2 k. dugaan bekerja. jgn bagi muka sgt. takot kena pijak. kena garang2 sikit.. ;)
THE AUTHOR berkata…
Betul..betul..betul..
Ini tahap dah pijak kepala ler nii..
Geram betui!!
duan berkata…
sabar2..ramai orang banyak ragam..