Harimau Malaya Mantap - 28.07.2011 - Adil?

Harimau Malaya Mantap - 28.07.2011 - Adil?



Baru sebentar tadi tamat perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia 2014 dan keputusannya Malaysia seri 1-1 dengan Singapura. tetapi dari segi agregat kalah 6-4.

Apa nak buat bukan rezeki kita, namun perlawanan ini aku anggap tidak adil kepada Malaysia.

Pertama, pemain Malaysi asemuanya anak watan Malaysia dan jurulatih pun anak Malaysia.
Tetapi pemain Singapura bukannya anak watan Singapura, 4 orang pemain import yang hanya bertuah memegang  kewarganegaraan Singapura!!! Yang masukkan gol bukannya anak watan Singapura tetapi pemain import tersebut. Singapura boleh berbangga memenangi perlawanan ini tapi hanya dari segi psikologi sahaja. Hakikatnya mereka hanya bergantung pada warga asing yang beriya-iya ingin bermastautin di Singapura.

Bukannya aku tidak menerima realiti kekalahan Malaysia tetapi apabila melibatkan sesuatu perlawanan mewakili negara haruslah anak watan negara tersebut. Lainlah kalau kau main kelab atau liga boleh guna pemain import. Itu pun tujuan nak mempelajari skill mereka. Bukannya bergantung pada mereka!!!! seperti Singapura.

Maaf jika terkasar bahasa tapi jati diri Singapura hanya kacukan palsu dan satu langkah pantas mencipta kejayaan yang tidak original.

By the way, Harimau Malaya kena mantapkan lagi pertahanan mereka. Memang menakutkan melihat goyahnya pertahanan kita. Nasib baik goalkeeper kita ini memang bagus!! Kalau tak mahu kena 4 - 1 kot...

Tahniah buat Rajagopal, pada pendapat saya adalah orang utama menaikkan jenama bolasepak Malaysia.
Kehadiran 80,000 penonton sememangnya satu anugerah  dari Rajagopal. Tanpa didikannya tidak mungkin Harimau Malaya segarang namanya...

Hidup Bolasepak Malaysia.
Hidup Bolasepak Singapura dengan kejayaan palsu...hehehehe

Catat Ulasan

3 Ulasan

Azura Mendezz berkata…
Yesss...sebab tu mlm td ada banner "100 BUATAN MALAYSIA!!"
I loikee~~~ =D
Saiful Bakhtiar berkata…
kita tetap berbangga anak jati kita spt safee sali n apek ada karisma untuk menjadi bintang suatu masa nanti
THE AUTHOR berkata…
Hidup harimau malaysia