Ubat Batuk - Durian

Ubat Batuk - Durian

Percaya tau tak percaya itulah yang sebenarnya berlaku pada aku.
Dulu aku pernah buat entri pasal Ubat Batuk Makan Aiskrim Cremaria
 Sejak 3 minggu lepas aku mengalami demam yang teruk. Setelah demam aku kebah aku mengalami batuk yang teruk.
Memang cukup teruk sehingga menganggu tidur aku.

Cukup teruk hingga di poket aku mesti ada Fisherman setiap masa. Kalau nak batuk ajer aku cepat-cepat telan tablet Fisherman.
Reda juga lah....terima kasih Fisherman..Kalau dia tak der emmm..mau pecah paru-paru aku asik batuk ajer.

Pengalaman batuk yang lain, ialah aku mesti sentiasa mempunyai air suam ke mana-mana. Kalau aku sudah mula batuk. Di tekak ini macam ada satu biji objek yang terlalu gatal di tekak hingga batuk melampau. Untuk kurangkan anda mesti minum air. Baru lega, bila dah start batuk...selagi tak minum air selagi tu kau  krok...krok..

Memang sengsara selama 3 minggu aku batuk ini. Kalau nak cerita tentang ubat batuk..dari warna hitam hingga warna kuning aku dah telan, kalau ubat sakit tekak dari warna hitam  ke oren ke kuning ke merah. Belum campur lagi ngan antibiotik yang aku ambil.

Durian Sebagai Ubat Batuk  - baca pengalaman aku niiiii


Pada minggu lepas  yang lalu, mak mentua aku ajak aku makan durian. Dalam hati aku kata biar benau orang tua ini, tak pasal -pasal makin teruk batuk aku. Tapi mak mentua aku kata, bini datuk aku makan durian terus baik batuk!!! Hah!!! aku tak percaya... So mula-mula aku  tak makan, sebab kalau ikut teori memang tak logik!!!

Pada hari Jumaat , aku telah terpedaya dan makan durian yang diberi. Malam tu aku asik terkencing ajer, tekak rasa lain macam ajer. TAPI batuk aku berkurangan. Paginya aku bangun tidur, tekak aku terasa kering sangat. Dalam hati aku, dah berkata ni ler penangan makan durian.
Dalam beberapa jam aku baru tersedar yang aku punya batuk amat berkurangan. Dah tak batuk giler-giler punya cuma macam melepaskan batuk di tangga ajer...kekekkeek.
Hari Ahad, batuk terus hilang tapi kahak masih ada lagi ler kadang-kadang..

Lalu aku meneruskan siasatan aku, menurut mak mentua aku , batuk ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu batuk sejuk dan batuk panas. Aku dianggap batuk sejuk kerana bila aku makan durian yang panas. Batuk aku terus hilang... Itu teori mak mentua aku ler.. Aku tak berani nak betah kerana teori tu berjaya!!! Cuma dalam pemahaman aku selalunya kalau makan durian banyak ni, makin batuk dan demam kerana panasnya.

Aku konpius sampai sekarang, tapi aku bersyukur mendengar nasihat dan desakan mak mentua aku. Hilang batuk aku yang sengsarakan aku selama 3 minggu!!! Hingga aku nak tidur pun susah. Lagi teruk, nak marah operator pun tak lancar kerana asik-asik batuk...hahahahahaha.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
wah..
skrg ni aku ngah batuk..
tp x taw la batuk panas ke sejuk..
patut pun, kdg2 my dad batuk,
dia mkn eskrem,trus batuk dia baik..
mungkin tu batuk panas la kot.
THE AUTHOR berkata…
Tak berani nak jawab...hahahahahha. Itu kata orang tua-tua yang aku cuba menjadi!!!! hahahahha.
Unknown berkata…
Wahh terima kasih berkongsi pengalaman..lepas ni kalau batuk nak makan durian lah byk2..