2 Bloggger Penceritaan Yang Aku Suka!!!

2 Bloggger Penceritaan Yang Aku Suka!!!

Semenjak dua menjak aku lihat blogger-blogger kita ini dah advance. Bukan advance mengutuk  atau mencaci sesama manusia tapi kekuatan imaginasi untuk mengolah satu bentuk penceritaan yang padat,humor dan bila kau baca menang nak baca lagi . Dan untuk aku memang dari dulu lagi minat membaca cerita-cerita sebegini, yang penuh santai dan kadang-kadang aku ketawa bersendirian melihat olahan ayat merapu mereka. Itulah kesenian penulisan yang aku minat..!!!!

Setakat ini aku dah pergi ke 2 laman blogger yang aku lihat jalan penceritaan dia memang best....

Firstly aku nak tabik kat ...
Bloggger mcmbodoje.blogspot.com yang menulis cerita tentang genetik bertajuk Piranhaha. Klasiknya jalan cerita ini ialah ia mempunyai pelakun-pelakun yang melakunkan watak-watak yang  diberikan. Satu persatu gambar pelakun di cekik serta di gigit membuat kamu tidak kering gusi dan tidak bosan membaca dan melihatnya.
Teknik penulisan pula bersifat santai yang seolah-olah penceritaan semula oleh pengalaman penulis.
Sokongan kawan-kawan beliau memang marvelous dan sporting. Inilah idea anak-anak muda yang aku tak terjangkau memikirkannya....
Congrat  broo...... Aku kasi 5******+

Blogger kedua ialah hanspunyablog.blogspot.com yang menulis cerita tentang  Snow White And Seven Dwarfs ( versi Hans) . Cerita tentang ahli sihir jahat yang nak aniaya Snow White tetapi dalam versi imaginasi penulis dan skopnya lebih luas bukan sahaja melibatkan tentang Snow White sahaja. Namun aku tak boleh komen panjang-panjang kerana cerita ini dalam proses pembuatan, sekarang baru episod 2.  Dan aku tak sabar-sabar nak membaca sambungannya....
Teknik penulisannya berbeza dengan blogger atas kerana beliau suka menulis dengan watak-watak tersebut berbicara. Teknik sebegini sukar kerana penyusunan ayat dan kesinambungan ayat harus tepat dan perlu di imiginasi oleh penulis.

So sesiapa yang membaca entri ni aku cadangkan pergi ke blog mereka dan baca lah hasil usaha mereka. Blog penceritaan bukannya satu idea ciplak boleh diambil sesuka hati dari artikel tertentu. Tetapi datang dari idea tulen penulis. Dan masa yang diperlukan untuk membuat satu blog penceritaan yang tulen mengambil masa yang  bukan sedikit. Aku  membayangkan berapa lama blogger mcmbodoje.blogspot.com nak siapkan cerita dia ni......
Aku bila lak buat blog penceritaan.. berapa episod? tentang apa? cerita mesti tahap kelakau punya..ada bran!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

Hans Hanis berkata…
ehh...
terima kasih lah sudi promote kisah imaginasi merepek melampau saya tu
hahahaha
skrg dah episod 4
akan cuba siapkan sebelum saya practical....
thanks yer sebab sukakan karya imaginasi saya yang melampau2 tu
:-)